Showing posts with label Team Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Team Malaysia. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Malaysian Footballers..

Jom layan gambar² player team Malaysia

  

 

 

 

 

 

 


 

  

 

 

 
 


 

 

 

 

 

  

Tuesday, 22 November 2011

Harimau Muda baham Garuda


Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Hadoi.... sapa yang tengok bola antara Malaysia ngan Indonesia semalam mesti panaskan?? hehehe... I sendiri yang tengok semput bila Malaysia ngan Indonesi seri 1 sama... Dalam hati berdoa bagai nak rak at least Malaysia kena masuk 1 lagi gol untuk menang...

Tapi game malam tadi memang besh... really really proud with our Team... tak mudah menyerah kalah even main di tempat lawan dan di kelilingi oleh 100 000 penyokong fanatik Indonesia... kalau nak compare ngan penyokong Malaysia, alahai... berapa kerat jer yang ada kat stadium Gelora Bung Karno tuh.. tapi semangat team Malaysia memang kuat... hahaha... berbaloi baloi...!

Tapi rasa geram jugak ngan sorang player Malaysia tuh sapa lagi kalau bukan Fakri... masa sepakan penalti... alahai punyala lemah gemalai dia rembat bola tuh sampai rasanya penjaga gol Indonesia pown tak rasa adventure pown nak tepis bola tuh...

Masa tengok bola tuh.. ada jugak yang terdengar kat telinga I nih orang jerit² marahkan si Fakri tuh... main macam hapa... dah dok depan gol pown bila da dapat bola... bola tak menuju ke dalam gol, malahan bola menuju ke luar gol... hmmm... tapi nak wat cam ner kan... mungkin dia da penat sangat kot masa tuh... entahlah.. hanya dia jer yang taw nape dia tak perform dalam game malam tadi...

Tapi player Indonesia malam tadi main memang ganas giler... tapi yang hairannya, refree tak layangkan kad pown kat dorang... hmmm.. tapi kalau palyer Malaysia, asyik dapat kad jer... adil ker???? or refree berat sebelah.. entah lah.. itu pendapat I saja la kan... tak taw la kalau orang lain berlainan pendapat ngan I....

Serius... masa sepakan penalti... oiii dada I rasa sempit gila... nak bernapas pown tak leh. Semputtttt hehehehe.. punya la nebes... mampu ke Apek nih jaga gol Malaysia... Stadium Gelora Bung Karno sekali lagi gamat bila sepakan penalti yang pertama dari Indonesia membolosi gol Malaysia... alahai.... bertambah semputtt I... Turn Malaysia sumbat gol Indonesia.... Alhamdulillah.... berjaya jugak samakan kedudukan bila sepakan penalti pertama dari Malaysia juga berjaya membolosi gol Indonesia...  sampai la sepakan penalti yang ke 5, senyap sunyi stadium Gelora Bung Karno bila player indonesia gagal membolosi gol Malaysia bila si Tangan Emas Malaysia a.k.a Apek berjaya menepis bola dari membolosi gol Malaysia... senyap sunyi stadium bila, kapten Team Malaysia mara ke depan untuk sempurnakan sepakan penalti yang ke 5 untuk Malaysia... dup dap dup dap... cik abe I yang dok sebelah pown rasanya boleh dengar... hahaha.... sepakan terakhir.. membuah kan hasil bila berjaya membolosi gol Indonesia walaupown keeper Indonesia brjaya tepis tapi di sebabkan tuah Malaysia bola meleret n masuk ke dalam gol.... saat itu satu jer yang I dengar.... GGGGOOOOOOOLLLLLLLLLLLLL!!!!

MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

Kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan 4-3... Malaysia membuktikan.... mereka boleh.... yeay.... Malaysia Boleh...!!!! Tahniah Malaysia....! Semangat yang team Malaysia tunjukkan sangat membanggakan... Seluruh rakyat Malaysia bersorak meraikan kemenangan Malaysia...! again.... I'm proud to be Malaysian!!!!

Lepas nih Malaysia bakal bertemu ngan Syria... sama² la kita memberi sokongan kepada team Malaysia....!

Friday, 18 November 2011

Harimau Muda tunjuk kejaguhan


JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.



Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.

dipetik dari **Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)