Showing posts with label Karya Seni. Show all posts
Showing posts with label Karya Seni. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

.:: Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar ::.



"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadinya pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan perhubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang di hadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Akira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash menjadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okey aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Monday, 23 April 2012

.:: Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha ::.



"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."


SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?


Tuesday, 15 November 2011

Kau Ditakdirkan Untukku - Gee Muszisya


Kenangan lama di dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. kelembutan dan kenakalan Nuranis Fatihah sering mengusik hati Akmal Ikram. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal Ikram berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajar kata badan yang menangungnya. Kerana tidak sampai hati menghampakan harapan Datin Kamariah, tdak terluah kata penolakkan di bibirnya. Bermula saat itu, Akmal Ikram mula berazam untuk menawan hati Nuranis Fatihah. 

"Kenapa awak tak berterus terang aje? Tadi bukan main berani lagi nak berterus terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal Ikram tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" balas Nuranis Fatihah geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis Fatihah terhadap Akmal Ikram. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah Hanim di ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal Ikram memenangi hati gadis idamannya di saat dia bergelut dengan perasaan sendiri?

Harga: RM 19.00 (Sem. Malaysia)/ RM 22.00 (Sabah & Sarawak)

Baca Kau Ditakdirkan Untukku secara online

Sunday, 6 November 2011

Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah

Sinopsis Novel:

NYSA SAKINAH.
Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta pada Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah tidak berdaya melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL.
Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulaka semua sedangkan hanya Lily di hatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah istimewa buat seorang suami!

Harga: RM 21 (Sem. Malaysia) / RM 24 (Sabah & Sarawak)

Baca Jauh Dari Cinta secara Online

My personal comment:

Bagi aku cara penulis mengolah jalan cerita nih menarik. Pandai bermain dengan emosi, sampaikan ada certain-certain part boleh membuatkan air mata aku mengalir. Sakitnya jika hanya dapat menyintai, mengasihi dan menyayangi seseorang dalam diam. Itulah yang aku rasa dialami oleh Nysa Sakinah. Seolah-olah aku dapat merasai apa yang dirasakan oleh Nysa Sakinah walaupun ianya hanya watak dalam novel. Tapi, sesunggunya takdir menyebelahi Nysa Sakinah.. di saat-saat dia mahu menyerahkan Farish Aqil kepada Lily, namun Farish Aqil, tetap memilih untuk kekal menjadi suami Nysa Sakinah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)