Showing posts with label Novel Online. Show all posts
Showing posts with label Novel Online. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

.:: Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar ::.



"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadinya pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan perhubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang di hadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Akira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash menjadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okey aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Friday, 2 December 2011

Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah lima tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.

Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang mengangur membuka peluang untuknya merialisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan lima tahun dahulu.

Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu memnbalas dendam dan mengembalikan semula maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima Nadia seadanya? 

Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

Monday, 28 November 2011

Rindu Milikku - Rohani Abd Aziz


Aku terpinga-pinga. Keberatan utnuk menyambut cincin yang dihulur oleh Hairul itu. Mataku masih memandang Hairul. Lagi sekali aku meminta simpati daripadanya agar menyelamatkan aku daripada situasi yang menghimpit diri. Mahu rasanya aku berlari keluar dan balik ke rumahku.

Aku mahu menjerit rasanya.

Aku tersentak bila Hairul menyarungkan cincin itu di jari manisku. Sia-sia aku meminta simpati daripadanya. Bukannya dia tak faham malah dia yang menangkapku. Ya Allah, sakitnya hatiku ini dengan permintaan mereka.

Comment:

This is the latest novel yang ada dalam koleksi I... hmmm baru beli semalam... tapi tak taw lagi novel nih cam ner.. besh ke tak besh ker... I pown tak taw sbb baca dia punya sinopsis terlalu pendek and tak dapat nak gambarkan jalan citer novel nih cam ner.... tapi kat cover novel neh ada cop "TERLARIS" thats why la I beli... harap2 cnovel neh besh... sbb kalau besh baru la rasa berbaloi-baloi.... tapi kalau tak besh.... paham2 sendiri sudah. hehehehe...

okey la... nak layan dulu novel neh.... kepada sapa2 yang da baca.. komen2 la ekk... bubbye.. (*_*)

Tuesday, 22 November 2011

Antara Benci & Rindu - Ida Farisya


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iatu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai leh wanita lain.

Dalam usaha mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapa matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Harga: RM 19 (Sem. Malaysia)/ RM 22 (Sabah & Sarawak)

Monday, 21 November 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... hmm?"

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah merasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asa Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengertikan dengan munculnya Taufeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis dentiti Indriani Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi?

Harga: RM 21 (Sem. Malaysia)/ RM 24 (Sabah & Sarawak)

Sunday, 20 November 2011

Dibius Cinta - Qash Irdina


"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau angil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin saja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi.

Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Harga: RM 19.90 (Sem. Malaysia)/ RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

Saturday, 19 November 2011

Penjara Rindu - Nia Arissa


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langittidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Masih adakah peluang kedua mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Harga: RM 21 (Sem. Malaysia)/ RM 24 (Sabah & Sarawak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)