Friday, 23 March 2012

Kehilangan


Maafkan aku kerana jika kau merasakan kehilangan atas perpisahan ini... sesungguhnya, perpisahan ini terjadi bukan hanya kerana kesilapan dari dirimu... tapi dari silap kita berdua... aku doakan kau akan sentiasa berbahagia seperti mana aku sedang berbahagia di saat ini... Maafkan aku kerna aku terpaksa membuat keputusan sedrastik ini... Maafkan aku...

Aku tak sanggup nak dengar lagu yang kau tujukan untukku... kerana ianya terlalu menyentuh tangkai hati ku... Maafkan aku...!

Tuesday, 6 March 2012

mY Best friend Wedding

Congrats to my BFF, siti sara yang da pown bertukar status dari tunangan org kepada isteri orang pada 3rd March yg lalu... hmmm dalam 4 org my BFF, semua da kawen... yang tinggal I sorang ja lagi.. huhuhu... itu yang paling tak sanggup skali... kawan2 lain yg datang wedding tuh pown tak habis2 tanya... bila lagi? bila lagi??? tapi satu jawapan jer hat I boleh bagi iaitu... senyum.. tak perlu kata apa2.. senyum! hahaha... sbb I sendiri tak taw jawapan apa yang I harus bagi... huhuhu

Dalam hati memang la agak terasa... yer la.. bila semua kawan2 da kawin n tinggal I sorang jer lagi hat belum kawin lagi... mmg la cuak... terasa la diri nih betapa t*anya... hahaha... tapi nak wat cam ner kan... cepat ke lambat ker... itu da ketentuan dari Dia yang Maha Esa... I pasrah! huhuhu

Ingatnya nak upload gambar sekitar wedding... tapi nanti la... tak der mood lagi nak upload... maybe next time kot baru upload. kat sini cuma nak wish to my BFF Sara, semoga bahagia slalu...cepat2 dapat baby... n plz dun forget me coz ema sayang sara sangat2! =)

Thursday, 1 March 2012

4 Perkara Untuk Sihat

Hi kawan2.. ada ada lagi beberapa petua dan amalan  berguna yg boleh digunakan untuk kita kekal sihat... insyaAllah... dengan izinNYA...


Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)