Tuesday, 22 November 2011

Penjagaan Rambut


Hmmm ada sapa² yang tau macam mana nak buat rambut panjang kita neh berkilau dan lebat? Bukan apa... sebagai pompuan, I impikan rambut yang panjang dan cantik... bukan sekadar cantik.. lebat berkilau... sihat dan semuanya yang elok² la... Cer tengok rambut pempuan kat bawah nih.. cantikkan... hehehe


Stakat neh... rambut panjang memang I da berjaya penuhkan impian I.. tapi cumanya bila berambut panjang neh, masalah keguguran rambut plak yang melanda... kalau gugur tuh... tak payah cakap la... nak² masa basuh rambut.... mang ai cam sakit plak... sekali lurutkan jari jemari kat rambut... bukan setakat sehai dua rambut yang gugur.. tapi berhelai²... hadoi... wisau I... takut bila gugur boleh botak kepala I neh...

Da macam² cara I try nak kurangkan keguguran rambut... I penah try shampoo bawang... tapi baunya... alahai... tak tahan kat hidung.... musyukkk... hukhukhuk... tapi tak jadi gak... rambut still gugur and tambah masalah... berkelemumur! hmmm... da tak taw nak wat cam ner....

Latest neh, I try guna shampoo Dove.. yang hairfall rescue... bila pakai kurang la sikit gugurnya... tapi kena pakai slalu la... kalau tak pakai... banyak jugak rambut yang gugur.. I pown pening la, apa yang menyebabkan rambut gugur... ofkos la sbb akar rambut tak kuat sbb tu la rambut gugur.. tapi ada cara ke nak kuatkan akar rambut neh?

Untuk masalah I neh, ada jugak surf mencari maklumat... ini la maklumat yang I dapat.. sharing is caring kan.. hehehe... jommm baca:

Petua Penjagaan Rambut Panjang

1.  Gunakan Jari Anda
Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik  ini mulai sekarang dengan menggunakan jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu
a. Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Bagi anda yang berambut panjang, anda dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.

b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan akan mengakibatkan rambut mudah gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut
Menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut anda perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut
Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa anda mengeringkan rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik
Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling
Lindungilah  rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Untuk Menggelakkan Rambut Gugur

Rambut anda boleh gugur kerana beberapa sebab. Wanita yang baru lepas bersalin biasanya menghadapi masalah ini. Bagi muslimah yang memakai tudung pula, ia juga satu penyebab rambut mudah gugur walaupun itu bukan satu alasan untuk anda tidak memakai tudung. Amalkan pilihan petua berikut  untuk mendapatkan rambut yang lebat, cantik dan wangi.

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 1 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Cara Menguatkan Akar Rambut

Ambil kira² seikat daun dan batang bayam segar dan cuci sehingga bersih. Tumbuk sampai lumat kemudian tambahkan garam halus sikit jer (hujung sudu teh) dan gaul sampai rata. Kemudian perah daun dan batang yang da di tumbuk untuk dapatkan airnya. Minum air perahan daun dan batang bayam. Amalkan 2 - 3 kali seminggu.

Pas neh I pown leh la cuba jugak petua² kat atas nih... kepada semua... Selamat mencuba....!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)