Monday 14 November 2011

Artis Kahwin VVIP terima Banglo 5 juta

Ingat lagi tak dengan Syella Kamaruddin yang penah popular dengan lagu "Menangis dalam Hujan." Baru² ni I dengar dia da kahwin. Kahwin plak dengan VVIP dan dengar²nya dia terima hantaran Banglo 5 juta...  Wow...

Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.

Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Ini lah baju Syella yang di reka oleh Hatta Dolmat
Kebiasaannya, perkahwinan selebriti sudah tentu dihujani dengan tajaan daripada pelbagai pihak, namun situasi tersebut tidak berlaku kepada Syella. Kagum betul kami dibuatnya, fuh!

Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.

Gambar kat bawah ni adalah replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.


p/s: untung betul jadik artis kan??? kalau I lah dapat kawin ngan VVIP cam nih... dapat plak hantaran banglo 5 juta... I tak mo keje da.. tak payah nak stress² sbb keje.. dok umah... Pasang body.. jaga makan minum suami and anak² jer.. huhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)