Wednesday, 16 November 2011

Kurela Cinta Ini Bertamu - Nuril Bahanudin


Kurela CInta Ini Bertamu... hidup ini banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yang selalu kita tak jangka orang yang selalu kita jumpa,terlanggar bahu dengan kita itulah jdoh kita. Eh, eh macam-macam ada, kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah untuk jatuh cinta. Namun, sekali dia bercinta... selamanya tetap cintanya. Berbeza dengan Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yang ditemuinya ingin diberikan segalanya yang ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.

Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yang rumit, masing-masing masih belum bersedia dengan rasa dan beban yang perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dengan sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yang diberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yang perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!

Qistina alqish: Arghh... tanya pada hati, hati kata tak tau. Namun, kau tak ku lihat sehari, jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? Apakah yang perlu ku buat demi mempertahankan mahligai ini? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.

Daniel Muaz: Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu yang kau beikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idamanku... tapi aku dah mula angaukan kau Qish!

Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yang kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.

Yasmin: Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???

Mamukah mereka mencapai bahagia sendiri?? Entahlah, biar masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek sebegitu saja.

Harga: RM 24 (Sem. Malaysia) /  RM 27 (Sabah & Sarawak)

Baca Kurela Cinta Ini Bertamu secara Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)