Monday, 7 November 2011

Perhimpunan Seks Bebas – Seksualiti Merdeka

PERHIMPUNAN SEKS BEBAS YANG DIPANGGIL SEKSUALITI MERDEKA 2011 AKAN DISAMBUT 9 NOVEMBER INI YANG DIKETUAI OLEH AMBIGA PEGUAM YANG MEMBANTU MEMURTADKAN LINA JOY DAN KEPALA KEPADA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 – GAMBAR

seks bebas seksualiti merdeka

Program “Seksualiti Merdeka” itu disifatkan merosak akhlak dan akidah kerana menuntut kebebasan mengamalkan seks di luar tabii seperti homoseksual, biseksual dan transeksual.
DATUK BUNG MOKTAR RADIN / AHLI PARLIMEN KINABATANGAN
Ini unsur2 apa ini melibatkan gejala negatif ni seperti yang dibaca tadi, perhubungan antara jenis, pemantauan berleluasa. Inilah kita bantah. 
Kem harus menyekat  aktiviti seksual merdeka krn ia perosak kepada negara bangsa kita. 
HENG SIAI KIE / TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tentang isu berkaitan seksual merdeka yang dipelopori oleh ambiga. Kita akan teliti perkara ini di peringkat kementerian.
Perhimpunan seks bebas, menuntut pengiktirafan kepada golongan homoseksual, biseksual dan transeksual itu akan dirasmikan penganjur bersih dua datuk ambiga sreenavasan, di ibu negara, rabu depan.
Berkuatkuasa serta-merta, polis akan bertindak menghentikan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dirancang sehingga 13 November depan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kertas siasatan juga telah dibuka susulan 2 laporan polis yang diterima.
Malah pihaknya juga meneliti bantahan pelbagai pihak yang menentang penganjuran program yang menjurus ke arah perlakuan songsang itu.
Menurut Datuk Seri Khalid, 2 laporan polis diterima pihaknya semalam.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan perkataan dengan sengaja mengguris perasaan orang lain, dan Seksyen 27A(1)(C), Akta Polis, penganjuran majlis atau perhimpunan haram yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara: “Penganjur ini fikir dulu sebelum nak menganjurkan apa-apa event. Event yang dianjurkan itu adalah akan diterima oleh semua pihak, semua golongan masyarakat. Jadi kalau ada golongan yang saya rasa majoriti golongan kita tak boleh terima perkara berkenaan dengan homoseksual ini, jangan kita pula nak mengagungkan perkara ini.”
Jelas beliau, PDRM tidak menghalang hak asasi mana-mana pihak serta hak bersuara.
Tapi pihaknya tidak boleh berdiam diri jika ramai yang sudah bangkit membuat bantahan, dan pihaknya akan bertindak berlandaskan undang-undang. 
Tambah Datuk Khalid, 10 wakil penganjur termasuk Datuk S. Ambiga akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam tempoh terdekat.
Pada masa sama, Majlis Peguam turut dinasihatkan memberi nasihat yang betul kerana badan itu sepatutnya lebih arif bahawa kegiatan yang dipromosikan itu nyata songsang dan bertentangan dengan undang-undang negara ini.
Sehubungan itu, Datuk Seri Khalid menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam sebarang program yang dianjurkan.
Mengulas isu berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun Malaysia menandatangani perjanjian hak asasi manusia tetapi kebebasan harus ada batasnya.
Turut dibimbangi beliau, muslihat di sebalik penganjuran perhimpunan seks bebas yang mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia, SUARAM itu.
“Benda ni tak selari, ia merupakan satu kegiatan songsang yang tidak menpati adat resam budaya, agama di Malaysia. Jadi saya tidak faham kenapa mereka buat promosi sebegitu. Apakah ada muslihat politik dan sebagainya? Biar rakyat ada penilaian sendiri.”

Artikel nih aku baca di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)