Anda stress??? Di sebabkan harinih I betul² stress, I nak share punca² terjadinya stress dan I nak share Tips & cara² untuk menghilangkan stress. Jom baca:
Antara punca stress yang paling mudah adalah datang dari dalam diri anda sendiri. Contohnya seperti anda meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi dalam sesuatu perkara yang anda ingin lakukan dan apabila anda gagal untuk mencapainya maka ia akan mendatangkan tekanan kepada anda kerana bersedih.
Anda juga akan mendapat stress apabila anda merasa tidak selamat dalam sesuatu perkara. Contohnya anda diugut oleh seseorang kerana anda lambat membayar hutangnya, sudah tentu ia akan memberi suatu perasaan takut kepada anda dan ia akan membuatkan anda stress memikirkan perkara tersebut.
Pengalaman zaman kanak-kanak adalah satu kenangan yang manis untuk diingati. Namun ia juga boleh menjadi suatu kenangan pahit sehingga anda dewasa jika anda mempunyai banyak memori yang pahit semasa kecil. Jika pengalaman pahit ini sentiasa diingati sudah tentu ia akan memberikan suatu tekanan atau stress kepada anda.
Dalam kehidupan anda seharian sudah tentunya anda mempunyai banyak peristiwa yang telah atau sedang berlaku. Contohnya anda lambat menyiapkan kerja, anda terlalu sibuk dan banyak lagi. Peristiwa-peristiwa di dalam kehidupan anda ini boleh mendatangkan stress kepada anda jika tidak dikawal dengan sebaiknya.
Perwatakan dan personaliti anda memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Ini kerana melalui perwatakan dan personaliti anda, anda akan berhadapan dengan orang lain. Jika perwatakan dan personaliti anda tidak baik maka anda tidak akan mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Di dalam kehidupan anda sudah tentu anda mempunyai banyak dilema yang terpaksa dihadapi dalam membuat keputusan. Contohnya anda pening sama ada mahu memilih yang mana satu tawaran pekerjaan terbaik untuk anda jika terdapat banyak pilihan. Dilema dalam membuat keputusan ini jika dibiarkan terlalu lama akan membuatkan anda stress.
Jika anda seorang ibu atau bapa bagi anda stress keibubapaan ini adalah normal. Ini kerana setiap hari anda terpaksa berhadapan dengan banyak masalah dalam kehidupan keluarga anda. Contohnya masalah anak-anak kerana anda terpaksa melayan kerenah anak-anak yang macam-macam.
#2 Persekitaran sosial
Jika anda terpaksa berpindah ke rumah baru kerana terpaksa atau atas urusan kerja sudah tentu perkara ini akan memeningkan anda. Ini kerana berpindah rumah ni bukan perkara yang senang. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan dalam proses berpindah rumah ini dan ia akan mendatangkan stress kepada anda. Masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru boleh mendatangkan stress. Ini kerana perubahan persekitaran ini boleh membuatkan anda tidak selesa dengan kehidupan anda.
Banyak konflik rumah tangga yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian seperti penceraian, penderaan, dan banyak lagi yang boleh mendatangkan stress dalam diri seseorang. Contoh yang lain adalah masalah sebelum hendak berkahwin dan kehidupan rumah tangga anda selepas kehidupan berumah tangga ini. Sesiapa sahaja boleh berdepan dengan masalah rumahtangga ini. Banyaknya krisis yang berlaku dalam kehidupan kehidupan ini anda akan membuatkan anda tidak terlepas dari stress ini.
Dalam perhubungan sosial antara anda dengan orang lain perlulah sentiasa dijaga dengan baik. Ini kerana jika anda mempunyai masalah dalam perhubungan anda dengan kawan-kawan, jiran-jiran, ahli keluarga sudah tentu ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik seperti anda akan dibenci oleh semua orang. Ini boleh memberikan kesan stress kepada anda kerana anda akan merasa bersalah atas segala perkara yang telah berlaku. Dan anda juga merasa stress jika tidak lagi dipedulikan lagi oleh orang lain di sekeliling anda.
Setiap hari anda mungkin mempunyai banyak masalah ditempat kerja. Jika anda seorang bos anda mestilah pening kepala memikirkan banyak masalah didalam perniagaan anda. Jika anda kerja dengan orang pula barangkali anda anda selalu dimarahi oleh bos anda yang garang kerana lambat menyiapkan kerja. Masalah-masalah yang berlaku ditempat kerja ini boleh memberikan kesan stress kepada anda.
Biasanya orang yang tinggal dibandar lebih banyak mempunyai tekanan dari mereka yang tinggal dikampung. Ini kerana dibandar terutama sekali jalan rayanya selalu sesak tidak seperti kampung. Siapa yang tidak ada tekanan sekiranya terpaksa menunggu berjam-jam kerana terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dibandar. Kos sara hidup dibandar juga adalah lebih tinggi ini kerana harga barang-barang juga agak mahal.
Masalah yang ini memang ramai yang menghadapinya iaitu masalah kewangan. Setiap hari anda memerlukan wang yang cukup untuk perbelanjaan makanan, kenderaan, keluarga dan banyak lagi. Tanpa sumber kewangan yang kukuh ia boleh membuatkan anda tidak senang duduk memikirkannya dan boleh memberikan stress kepada anda.
#3 Perasaan dan Psikologi
Setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza dalam diri mereka. Ada orang yang mempunyai semangat kuat dan ada juga yang lemah semangat. Mereka yang lemah semangat inilah yang akan cepat merasa stress jika berdepan dengan sesuatu ujian. Namun begitu perasaan mudah lemah semangat ini boleh diubah jika kena pada caranya.
Jika pernah berlaku perkara yang buruk dalam diri anda seperti suatu tragedi buruk contohnya terlibat dalam kemalangan ngeri. Sudah tentu tragedi buruk itu akan diingati oleh anda sampai bila-bila. Jika anda membiarkan ia dingati sampai bila sudah tentu ia akan memberi kesan yang negatif didalam diri anda kerana anda akan merasa stress.
Kehilangan orang yang dikasihi adalah perkara yang paling menyedihkan didalam hidup ini. Sesiapa sahaja akan menghadapinya pada suatu masa nanti. Perasaan sedih ini akan membuatkan diri seseorang yang kehilangan orang yang dikasihi sentiasa stress dan kesedihan.
Masalah kurang keyakinan diri kadang kala boleh mendatangkan stress anda. Sebagai contoh jika anda kurang keyakinan diri untuk berucap di hadapan orang ramai sudah tentu anda akan berdebar-debar jika terpaksa melakukannya. Jika anda masih lagi kurang keyakinan diri maka anda akan merasa stress jika terpaksa melakukan lagi.
Semua orang takut untuk gagal. Jangan risau semua pernah merasai kegagalan itu. Yang penting adakah anda belajar dari kegagalan itu. Jika anda terlalu takut untuk menghadapi kegagalan sudah pasti anda akan merasa stress kerana anda memikirkan kegagalan tersebut.
#4 Faktor Biologi
Antara punca lain seseorang itu akan menghadapi stress adalah jika seseorang itu menghadapi penyakit fizikal yang kronik contohnya sakit jantung, kanser, dan sebagainya. Menderita penyakit fizikal yang kronik ini akan membuatkan diri seseorang itu sentiasa diselubungi kesedihan dan kerisauan yang boleh membuatkan diri mereka sentiasa stress memikirkannya.
Apabila berlaku perubahan dalam tubuh ini biasanya berlaku pada remaja. Perubahan yang berlaku pada tubuh mereka akan membuatkan mereka tidak biasa dan akan stress. Biasanya hormon dalam diri seseorang remaja itu boleh membuatkan mereka sentiasa stress.
info nih aku copy dari SINI
Tips & Cara Menghilangkan Stress
1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas dalam hidup manusia, tanpa pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum
menghembusnya dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur semula kehidupan.
2 - Senyum dan aktifkan perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah 'mindset' daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif). Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat segalanya yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai anugerah, dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas mendapat tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang kita mahukan terjadi. Kita perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah
masanya untuk kita senyum dan yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar, redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran positif seperti ini membolehkan kita melangkah lebih jauh
dalam mengatasi apa jua masalah dalam hidup.
3 - Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making)
dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check - Action. Dengan perancangan yang baik dalam mengatasi masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan.
4 - Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang dapat
menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita.
5 - Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala
motivasi terbesar pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W serta mukjizat alQuran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan segala yang diperintahkan.
Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon dipermudahkan urusan serta minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment