Tuesday, 15 November 2011

"Pasang Bodyguard Rasa Lebih Selamat"??????


Korang penah dengar tak pasai ada 1 artis kita neh pasang bodyguard? Hmmm... bodyguard? Kenapa nak pasang bodyguard plak kan? Fofular sangat ke artis tuh sampai dia nak kena pasang bodyguard? or ramai sangat ke peminat fanatik artis nih sampai nak kena ada bodyguard??

Mula² dengar citer pasai artis Malaysia neh pasang bodyguard I pown tertanya² jugak ler... sapakah artis tuh... pempuan keh.? laki keh...? Memang tak tahu... hehehehe... memang ler tak mengikuti perkembangan artis² neh....

Kredit to ohbulan! sbb now I da taw da artis mana yang pasang bodyguard tuh... artis pompuan ghupernyer.... jom layan apa kata artis neh pasai apa dia nak pasang bodyguard...

Neelofa - "Lebih selamat pasang bodyguard"
Tanpa bersembunyi, Neelofa akui bahawa dia menggunakan perkhidmatan bodyguard kerana merasakan keselamatannya agak terancam. Tanpa menyebut siapakah individu yang sentiasa mengancam dirinya, pelakon utama filem Azura 2011 ini sentiasa optimis berhadapan dengan segala cabaran yang melanda dirinya.


“Pada awalnya saya memasang 2 orang bodyguard agar mereka dapat menjaga keselamatan saya. Kini, saya hanya menggunakan seorang bodyguard setelah keadaan sekeliling semakin reda,” ujar Neelofa, 22 tahun.

Neelofa turut menafikan dakwaan orang ramai mengenai pembelanjaan bodyguard itu ditaja oleh individu tertentu.

“Taklah, mana betul tu. Saya menggunakan wang hasil titik peluh sendiri untuk mengupah bodyguard, tiada siapa yang taja.”

Dalam perkembangan lain, Neelofa menjadi bintang utama dalam 4 buah filem iaitu ‘Azura 2011′, ‘Rentaz’, ‘Lemak Kampung Santan (baru habis penggambaran) dan ‘Saya Amat Mencintaimu (SAM)’.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)