Sunday 13 November 2011

Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalt mencari bakal menantu bidan terjun nya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera di lamar.

Haliza menrima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuatkan kasih sayang yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. lalu, kasihnya melimpahi di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpu luka hati dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya umtuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia iginsetia hingga ke hujung nyawa.

Harga: RM 19.90 (Sem. Malaysia)/ RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)