Friday, 11 November 2011

Demam

Dalam dok kata nak MC semalam rupanya mmg dapat MC la bila tetiba jer suhu badan naik mendadak. Pegi jumpa doc and dia cakap "suhu badan ada naik, sy akan kasi itu MC." Dalam hati memang da melompat sakan, maklum ler, da lama I tak ambik MC. Last time amik MC masa bulan 7 kalau tak silap... Tapi yang sebenarnya demam nih I tak la kisah sangat, if stress yang melampau itu yang membuatkan I mengelak nak mengadap kerja.

Satu masalah I bila da pegi jumpa doc..... iaitu susah gila nak makan ubat.. hahaha.. Kalau ubat yang besar2 tuh jangan harap la nak boleh telan, rasanya macam nak tersengkang kat kerongkong nih... apatah lagi kalau dapat ubat air, memang sampai sudah la tak telan. Penah I tengok mY "cik abe" nih makan panadol siap kunyah-kunyah cam makan nasik.... erk... hadoi I yang tengok jer da rasa cam nak muntah, dia yang kunyah ubat tuh slumber jer... hukhukhuk....


Semalam, lepas balik dari klinik, I macam biasa la tak terus makan ubat, lepas dinner baru la I sentuh ubat2 yang doc bagi... tanpa berfikir panjang dan dengan memaksa diri, I telan ubat2 yang doc bagi.. huh susah betul nak telan sbb ada ubat yang doc bagi tuh besar. Akhirnya, lepas makan ubat, biasala kan mengantuk, macam makan dadah overdose. Masa tuh okeh lagi, pas sejam makan ubat, muka I start naik 1 bintik yang amat la gatalnya.. Mula2 satu jer... than tetiba ada rasa gatal kat perut, kat kepala, kat tangan, belakang and tetiba gatal seluruh badan... owh sudah, slalunya I gatal2 cam nih bila I makan ubat yang tak sepatutnya sebab I ada alergik ubat. Gatal yang amat mencucuk2. Kat muka da naik 2 3 bintik2 besar, badan apatah laginya... memang menggaru la keje I dari malam ke pagi. hukhukhuk... Kalau nak pegi klinik pown for sure klinik da tutup coz da pukul 11 lebih.... 

Ini la ubat yang I dapat. Nama ubat nih Pritamol

Setau I la kalau ubat nih ada Tamol kat belakang, kandungan ubat nih mesti paracetamol... Ya Allah, itu la makan ubat tak tengok langsung... I tak leh makan ubat yang mengandungi Paracetamol... sebab tu la I gatal2 satu badan... I pown tak taw cam ner I boleh allergic ngan paracetamol, dulu okeh jer... 

I ingat punca I tak boleh nak makan segala jenis paracetamol nih dulu sebab ada 1 tahun tuh dalam tahun 2005 la kalau tak silap, masa tuh I period and biasa la orang perempuan kalau 1st day period jer mesti period pain, I pown sama la... Selalunya kalau 1st day period masa weekend, kalau sakit perut pown I takkan ambk per2 ubat sbb I penah dengar penggunaan ubat yang kerap masa period pain tak berapa elok, so I akan elakkan makan sebarang ubat untuk menghilangkan period pain. Tapi nak di jadikan cerita dan sebab agaknya kan, 1st day period on week day. Da la keje banyak, so nak tak nak terpaksa ambik ubat. Masa tuh I makan panadol menstrual yang kaler pink tuh kan.. Lepas ambik ubat tuh, tetiba I gatal2 1 badan, and bila pegi jumpa doc, doc cakap yang I mungkin allergy dengan paracetamol. 

Sejak doc cakap yang I ada allergy segala jenis paracetamol, ada la jugak 2 3 kali try makan panadol, mmg lepas makan panadol, badan I akan naik gatal2. Sampai sekarang la I still tak boleh ambik segala jenis ubat yang ada paracetamol. One fine day, I ingat nak jumpa specialist sebab I nak taw jugak pasai apa I boleh allergy ngan segala jenis paracetamol. Tapi kekuatan nak pi jumpa specialist tuh tak pernah ada.. hehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)