Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal

Selamat tinggal 2011... pergi mu penuh dengan kenangan...
terlalu banyak kenangan...
manis...
pahit...
bahagia..
derita...
sengsara...
menangis..
ketawa...
terluka..
kecewa...
dendam....!

Perginya 2011 dengan harapan dan impian yang masih tidak tertunai...

Friday 30 December 2011

...kalau lah...!!!


Kalau lah aku seekor burung, akan aku terbang tinggi....
setinggi yang mungkin dan akan aku terbang sejauh yang mungkin supaya tak ada siapa lagi yang mampu mencari aku lagi!

Kalau lah aku seekor ikan, akan aku berenang sedalam-dalamnya
dan sejauh-jauhnya supaya tak ada siapa pun yang dapat menjumpai aku lagi!

Tapi itu semua KALAU!!!
Kalau itu...kalau ini....
Ah!!! aku masih lagi menjadi aku!!!
Masih lagi banyak rintangan dan dugaan yang perlu aku tempuh dan lalui!

Kenapa perlu wujud KALAU dalam dunia nih????

KALAU....
seolah-olah kalau itu adalah sebuah harapan yang palsu!
Dan aku salah seorang yang mengharapkan KALAU itu menjadi kenyataan!!!

Wahai manusia atas bumi ni ingatlah!

Bahawa jika telah berjanji sesuatu... maka tepati lah ia..
kerana sesunguhnya janji yang telah di lafazkan adalah untuk di tepati dan bukan untuk di mungkiri!!!!

Sesunguhnya mereka2 yang memungkiri janji adalah tergolong dalam golongan orang yang munafik!!!!

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Thursday 29 December 2011

Menerjah ke Hot Spring Sungai Serai

Korang pernah dengar pasai Hot Spring Sungai Serai kat Hulu Langat tak? Saja la artuh pi jenjalan sana and teringin nak pi rendam2 kaki kat dalam air panas.. so, arituh I pown pegi la ke sana sebab nak ilangkan rasa keteringinan I nih... Jom layan pics masa kat Hot Spring Sungai Serai.

tak panas ker dorang nih sampai berendam cam ni

baru letak kaki sikit da tak tahan panas... huhuhu


errrr.. skali tengok cam kat tepi longkang kan? hehehehe


kalau tak nak berendam korang leh jugak mandi kat tepi telaga hot spring





Balik dari Hulu Langat, terus pi Hot Spring yang kat Setapak tuh... tapi kat situ tempatnya tertutup dan dalam bangunan apartment.. kat situ sapa nak masuk mandi or berendam kaki kena bayar RM 1 per head.. tapi gambar tak dan nak snap sbb pi situ kejap jer.. air dia pown tak sepanas yang kat Hot Spring Sungai Serai.. Tapi tu la next time boleh pegi lagi... lagipown masa pegi tuh tak bawak baju spare... next time la baru pi berendam dalam kolam air panas nih.. hehehehe.. asyik mandi air sejuk ja... skali skala nak kena gak berendam dalam air panas bagi kembangkan urat2 ni dan elok untuk pengaliran darah...

p/s: sorry kalau ada tying error... biasalakan... menaip guna sebelah tangan memang cam nih...

Wednesday 28 December 2011

Suami Yang Ku Benci - E-man Sufi


Perkahwinan diantara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya bersanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati... satu hari nanti pasti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan di mainkan. Ke mana hala tuju perkahwinan mereka? Atau mungkinkah pnceraian adalah jalan penyelesaiannya?

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia..." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger  pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri..."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirllah... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu....!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"

Harga: RM 20 (Sem. Malaysia) / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)

Click SINI untuk baca Suami Yang Ku Benci secara online

Tuesday 27 December 2011

Huh Bengang...!

Geram...
bengang...
sakit hati...
menyampah....
benci...
meluat...

semua ada bercampur jadik 1... cukup tak suka bila rasa macam nih!!

argggghhhh.....!

Sunday 25 December 2011

Yusry KRU dan Lisa Surihani nikah 23 February 2012

I baru taw yang Yusry KRU and Lisa Surihani are getting married... congrats to both of them... semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat... khabarnya majlis nikah akan berlangsung pada 23 feb tahun depan. majlis nikah akan berlangsung di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan diikuti dengan resepsi pada 26 feb yang akan berlangsung di PICC...

gambar majlis pernikahan yusry dan lisa surihani

Dulu masa tengah dok hangat gosip Lisa bercinta ngan Yusry, pernah la sekali terserempak ngan dorang nih kat Pavillion KL, kebeteluan masa tuh I nak tengok wayang citer Nur Kasih the movie.. tetibe my sis tunjuk Lisa and Yusry... they are such a very sweet couple... hehehe... suka la ngan Lisa... she's so beautiful... lembut and ayu... mana la Yusry tak terpikat... hehehehe.. mesti ramai lelaki2 yang suka kat Lisa nih, geget jari la bila taw lisa dan yusry bakal berkahwin...

Untuk, Yusry,semoga perkahwinan kali kedua nih lebih bermakna... dan semoga kekal berbahagia sehingga hujung nyawa... dan semoga cepat2 dapat baby... hehehehe

http://i.imgur.com/UrC5s.jpg

Saturday 24 December 2011

Sebelum dan Selepas itu...

sebelum operation: hati dup dap dup dap... mata plak mengantuk... maklum ler masa tuh da pukul 230 am baru di tolak masuk dalam dewan bedah...

doc: sakit ker?
patient: tak la... tak sakit da...
doc: dah tuh??? mengantuk?
patient: -angguk kepala-

selepas di bius: doc dok try test main cucuk2 and tekan2 kat sekitar tangan I... dia nak taw gaknya ubat bius da function ke blom....

doc: tajam tak?
patient: tak rasa.
doc: awak jawab ya atau tak jer...
patient: tak sambil dalam hati cakap kan sama jer maksud ngan tak rasa tadi.

after 5 min:

doc: tajam tak?
patient: tak.

after 10 min:

doc: tajam tak?
patient: geleng kapala jer sbb da malas nak jawab.. (pemalas punya patient hahaha)
doc: cuba angkat tangan tinggi2... boleh tak?
patient: tak boleh doc... rasa berat....

saat itu terdengar doc sebut... patient ready...otomatik lam hati dup dap dup dap smula....

selepas operation:

doc: gerakkan patient yang sedap lena.. ok... bangun... operation da siap.
patient: terpisat2 sambil genyeh2 mata...
doc: cuba pegang tangan awak nih... ada lagi ke tak der sambil letak tangan kiri atas perut..
patient: doc nih pepagi da war lawak antarabangsa... sambil tangan kanan pegang tangan kiri... eh... ada ke tak der tangan nih... awat tak rasa per2 pown.. nak angkat lagi la tak boleh... sambil mata jeling kat bawah... owhhhh ada lagi tangan aku ... alhamdulillah.. hehe

patient di tolak ke wad biasa... sampai dalam pukul 640 am... patient terus tido tak sedarkan diri sampai pukul 8 am baru la patient terjaga sbb di kejutkan oleh nurse yang cantik jelita untuk bfast... hehehe...

tengok ada nasik goreng atas meja... alaaa sik goreng kosong jer ker... nak tak nak makan jugak la... bab da lapar sangat... mana tak lapar kena puasa lebih dari 24 jam sebelum operation...  

after 3 hari 2 malam dok berkampung kat PPUM tiba masa untuk discharged... alhamdulillah... yeay yeay nak balik.... dan ini la hasilnya:

tag yang dipakaikan sebelum masuk ke dewan bedah

after operation done... n now da discharged...

Tuesday 20 December 2011

Dari 2 jadi 1...!!!

Lama rasanya tak hapdate blog I nih... bukanlah bizi mana pown... cuma... sblm nih I sibuk berkursus 2 hari.. hari Rabu dan Khamis lepas.. so, mmg tak der kesempatan langsung nak menghapdate blog...

Ingatkan hari jumaat sempat la nak menghapdate blog I nih... tapi jadi plak sesuatu yang tak terduga... dan disebabkan terjadinya sesuatu yang tak terduga tuh... terpaksa la I meng'check in' kan diri I kat PPUM.. hukhukhuk.... check in kat PPUM 3 hari 2 malam... hahaha... macam pi holiday plak....

semalam petang baru I discharge.. hmmm... susah nya nak menguruskan diri bila tangan boleh guna sebelah jer... lagi sebelah terpaksa di bungkus dan digantung.. tu la kan.. dalam waktu2 camnih baru lah terpikir cam ner la orang2 yang tak ada tangan tuh uruskan diri dorang... I yang baru beberapa hari nih pown da rasa cam seksa sangat...  nasib baik la yang dbungkus dan digantung tuh tangan kiri.. kalau tangan kanan.. lagi la susahnya... nih pown I da rasa seksa bila nak mandi... da mandi nak sikat rambut... da la rambut panjang.. rasa cam nak potong jer rambut nih kasik sependek-peneknya... baru senang nak diuruskan... huhuhu... tapi nak potong pendek, rasa sayang plak... hukhukhuk... itu la manusia... macam2!!!

nanti la I sambung lagi.. ekceli rasa mengantuk sangat nih sbb baru pas makan ubat jer.. ti I sambung citer lagi ekkk... mengenangkan I ada banyak masa lapang nih... doc bagi I mc sampai tahun depan... 20 jan.. hambik kaw.. lama betoi.. apa la I nak buat kann.. da la.. nantok betoi da nih... ti sambung lagi.... u al doakan tangan I cepat sembuh ekkk... (*_*)

Monday 12 December 2011

10 Jenis Lelaki Yang Perlu Dijauhi


Sukar mencari teman yang serasi? Tips untuk mencari teman yang serasi:


1) Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalinkan hubungan lebih 5 tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2) Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu. Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3) Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra. Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan buang masa.

4) Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesisnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya. Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakan anda di hatinya?

5) Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah. Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah, pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinnya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6) Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda berterus-terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing. Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7) Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8) Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda. Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri. Ada masalah remeh pun hendak diberitahu, menghntar sms atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu. Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda dibawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10) Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padannya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya. Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.

Hmmm... Monday...!



I had a bad day today... there are 2 things that I really want to do....
1) Cry....! Could anyone lend a shoulder for me to cry on???
2) Sleep...! I wanna go home now...!!!!

Sunday 11 December 2011

Song for The Day~~ Hati Yang Kau Sakiti - Rossa


Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

Saturday 10 December 2011

Song for The Day~~ Sepi - Yuni Shara


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Friday 9 December 2011

Scent of a Woman



Title: 여인의 향기 / Yeoineui Hyanggi / Scent of A Woman
Chinese Title: 女人的香氣
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2011-July-23 to 2011-Sep-11
Air time: Saturday & Sunday 21:50


Synopsis

A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.

Cast

Kim Sun Ah as Lee Yeon Jae
Lee Dong Wook as Kang Ji Wook
Uhm Ki Joon as Chae Eun Suk
Seo Hyo Rim as Im Se Kyung

Extended Cast

Kim Hye Ok as Kim Soon Jung (Yeon Jae’s mother)
Sa Hyun Jin as Yoo Hye Won
Choi Jung Hoon as Oh Sang Mok
Lee Jung Gil as Kang Chul Man (Ji Wook’s father)
Park Jung Sun (박정선) as Park Sang Woo
Kim Kwang Gyu as Yoon Bong Kil
Shin Jung Geun as Noh Sang Shik
Son Sung Yoon as Nam Na Ri
Nam Gung Won as Im Joong Hee (Se Kyung’s father)
??? as Kim Dong Myung
Shin Ji Soo as Yang Hee Joo
Cha Ji Yun (차지연) as Cha Ji Yeon

Production Credits

Director: Park Hyung Ki
Screenwriter: No Ji Seol (노지설)

Related Photo:

                         


Song for The Day~~ Tuhan Beri Aku Cinta - Ayushita


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Thursday 8 December 2011

Ngidam nak makan Kuih Keria

Tetibe di waktu hujan yang lebat... sesejuk cam nih... sambil dok kesat² hingus yang nak meleleh nih... tetiber plak I teringat kat kuih keria... lamanya la tak makan kuih keria... last I cari kuih keria nih masa bulan puasa arituh... tapi puas berjalan kat bazar tak jumpa pown kuih keria... dan² terasa² kemanisan kuih keria lam mulut... adeh nih boleh menyebabkan air liur meleleh nih....


kuih keria.. untuk sapa² yang tak kenai cam ner rupa kuih keria

Dulu masa kecik², rajin la tolong mak buat cek mek molek... tapi rasanya adunan kuih cek mek molek ngan kuih keria nih sama jer.. cuma kuih cek mek molek inti gula... kuih keria plak di salutkan dengan gula... hmmm..tapi cam tak pandai jer nak salutkan gula kat kuih keria tuh... huhuhu... nih nak kena mintak bantuan ngan mummy ryna nih... nak suh mummy ryna tolong wat kan... hehehehe

ni ada bahan² and cara cam ner nak buat kuih keria:

Bahan²:

500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
¼ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis 
1 biji telur, dipukul hingga kembang

Cara:
Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.

p/s: Mummy Ryna.... special request dari I... ngidam nak makan kuih keria nih da berbulan² lamanya... sian kat anak² cacin lam perut I nih taw... hehehehe

Song for The Day~~ Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu ft Rossa


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Wednesday 7 December 2011

Info Demam Selsema

Anda selsema?? Rimas bila selsema??? Entry kali ni I nak citer pasai selsema... memandangkan I tengah selsema sekarang nih... so I nak share info pasai demam selsema...


Apa itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
  • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain:
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.



Apakah komplikasi demam selsema?

Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
  • Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
  • Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
  • Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.


Risiko

Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
  • Kekurangan zat makanan.
  • Letih dan berasa tidak sihat
  • Susah hati.
  • Warga tua.
  • Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.


Pencegahan

Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Makanlah makanan yang seimbang.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
  • Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.


Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
  • Berehat di katil.
          Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur
          selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.
          Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan,
         dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan
         kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak
         bahan buangan).
  • Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
    • Meminum banyak air
             Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi
             (kekontangan). Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang
             cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau
             pulih daripadanya.Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab
             berbanding tisu yang kering.
    • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam
             Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.



    Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?

    Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.

    Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.



    Dekongestan
    • Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, Dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.
    • Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.


    Antitusif dan Ekspektoran
    • Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.
    • Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.
    • Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi Guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya Ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.


    Antihistamina
    • Agen-agen Antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.
    • Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.


    Analgesik/antipiretik
    • Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.
    • Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.
    • Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.
    • Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.


    Vitamin C

    Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.



    Berjumpalah doktor sekiranya....

    Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
    • Selsema dengan demam 38oC atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
    • Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
    • Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
    • Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
    • Batuk yang teruk.
    • Sakit telinga.
    • Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.

    Malaysian Footballers..

    Jom layan gambar² player team Malaysia

      

     

     

     

     

     

     


     

      

     

     

     
     


     

     

     

     

     

      
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    .::Tabung nak gi Holiday::.

    Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)