Perkahwinan diantara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.
Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya... cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya bersanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati... satu hari nanti pasti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan di mainkan. Ke mana hala tuju perkahwinan mereka? Atau mungkinkah pnceraian adalah jalan penyelesaiannya?
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia..." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri..."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirllah... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu....!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"
Harga: RM 20 (Sem. Malaysia) / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
Click SINI untuk baca Suami Yang Ku Benci secara online
Click SINI untuk baca Suami Yang Ku Benci secara online
No comments:
Post a Comment