Thursday, 8 December 2011

Ngidam nak makan Kuih Keria

Tetibe di waktu hujan yang lebat... sesejuk cam nih... sambil dok kesat² hingus yang nak meleleh nih... tetiber plak I teringat kat kuih keria... lamanya la tak makan kuih keria... last I cari kuih keria nih masa bulan puasa arituh... tapi puas berjalan kat bazar tak jumpa pown kuih keria... dan² terasa² kemanisan kuih keria lam mulut... adeh nih boleh menyebabkan air liur meleleh nih....


kuih keria.. untuk sapa² yang tak kenai cam ner rupa kuih keria

Dulu masa kecik², rajin la tolong mak buat cek mek molek... tapi rasanya adunan kuih cek mek molek ngan kuih keria nih sama jer.. cuma kuih cek mek molek inti gula... kuih keria plak di salutkan dengan gula... hmmm..tapi cam tak pandai jer nak salutkan gula kat kuih keria tuh... huhuhu... nih nak kena mintak bantuan ngan mummy ryna nih... nak suh mummy ryna tolong wat kan... hehehehe

ni ada bahan² and cara cam ner nak buat kuih keria:

Bahan²:

500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
¼ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis 
1 biji telur, dipukul hingga kembang

Cara:
Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.

p/s: Mummy Ryna.... special request dari I... ngidam nak makan kuih keria nih da berbulan² lamanya... sian kat anak² cacin lam perut I nih taw... hehehehe

2 comments:

Pretty Ryna said... [Reply]

esok buat ek...pastu bawa mai kat aku sepuluh ketoi no

eMMa cahaYa Qaseh said... [Reply]

hahaha.. apa plak nak buat.. kat bawah tuh kan ada.. special request nak mintak mummy Ryna tolong wat kan... ekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)