Monday, 5 December 2011

Jom Berhenti Merokok!!!!

Merokok... apa faedah yang korang dapat dari merokok??? kepuasan???? hmmm...puas dari segi apa??? rasanya semua orang pown tau apa kesan dari merokok dan korang pown mesti taw yang merokok nih membahayakan kesihatan... kepada mereka yang merokok nih ibaratnya cam nak 'bunuh diri sendiri'.. mungkin itu perumpamaan yang paling sesuai untuk penghisap rokok tegar... jangan marah ekk wahai penghisap rokok tegar jika terbaca entri I kali nih... I bukan nak mengutuk atau mengata... just nak share sikit info pasai rokok.. dan kesan2 dari merokok....

Sekarang nih da banyak kempen2 pasal betapa bahayanya menghisap rokok.... tapi rasanya macam tak berjaya jer.. even at kotak rokok tuh sendiri ada tulis "MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN" tapi rasanya untuk mereka2 yang merokok nih tak peduli jugak.. tetap jugak beli rokok.... pastu kat kotak rokok tuh sendiri ada gambar2 yang mengerikan akibat dari kesan2 merokok... si perokok tegar nih tetap jugak beli... huh... I yang tak hisap rokok nih pown ngeri menegoknya.... dorang yang hisap rokok nih tak rasa per2 gamaknya kan... hehehehe

apa yang ada dalam sebatang rokok?

Gambar2 yang agak mengerikan di kotak rokok

Kempen katakan tak nak pada rokok yang dijalankan

Antara kempen2 merokok yang di iklan kan di TV



Kadang2 kalau I tengok balik sekeliling I... masih ramai yang menghisap rokok... tak kira la... lelaki ker... perempuan ker.... budak sekolah ker.. rasanya kempen2 yang dijalankan untuk tidak merokok tak meninggalkan sebarang kesan kepada mereka2 yang ketagih dengan rokok... hmmm... ketagih ker hisap rokok nih??? entah la... heheheh I pown tak taw... ketagih ke tak... sebab I tak hisap rokok... mungkin ketagih la kot.... sebab tu la mereka2 yang penghisap rokok tegar nih susah nak berhenti merokok...

Kenapa dan mengapa mereka merokok?

Nampak lebih dewasa ...........
Matang..........
Dapat menenangkan fikiran.......
Mencari ilham...........

Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.

Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya  masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Kepada para remaja yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda sepatutnya berasa malu!

Apakah kesan buruk daripada merokok?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
    
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.

Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
   
Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.
    
Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin. Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen, terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
    
Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka akan meningkat.
    
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Kesan atau risiko lain akibat merokok
   
Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada asapnya.
    
Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk. Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru, risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga janin di dalam kandungan.
    
Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
    
Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut. Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah lagi menghisapnya. Sayangi diri anda.

Kesan asap rokok kepada orang lain

Kajian menunjukkkan seorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya, manakala baki 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya.

ASAP ROKOK MENGANDUNGI :-

  • TAR , sejenis bahan kimia yang menggangu paru-paru dan boleh menyebabkan barah.
  • NIKOTIN , sejenis dadah yang berbahaya kepada jantung dan system saraf.
  • KARBON MONOKSIDA , sejenis gas beracun yang mengurangkan bekalan oksigen kepada badan.
  • BAHAN KIMIA , yang menyebabkan penyakit barah.

ASAP YANG KELUAR DARI PUNTUNG ROKOK MENGANDUNGI :-
  • 3 kali lebih banyak tar.
  • 2 kali lebih banyak nikotin.
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida.
  • 50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.

JADI , APAKAH KESANNYA ?

Penyelidikan menunjukkan ASAP ROKOK tersebut boleh mendatangkan kesan-kesan buruk kepada :-

ISTERI PEROKOK
  • Isteri-isteri ini mempunyai risiko mengidap barah paru-paru yang lebih tinggi berbanding dengan isteri orang yang bukan perokok.

RAKAN-RAKAN SEPEJABAT
  • Mereka yang bekerja dengan perokok untuk jangka masa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru.

BAYI DAN KANAK-KANAK
  • Asap rokok boleh menggencat pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu.
  • Anak-anak perokok lebih kerap di serang oleh jangkitan paru-paru, batuk-batuk, selsema dan sakit kerongkong. Mereka juga lebih kerap jatuh sakit.
  • Disamping itu, ibu-bapa yang merokok memberi satu contoh yang buruk kepada anak mereka kerana anak mereka akan meniru tabiat merokok mereka kelak.

PESAKIT-PESAKIT
  • Pesakit-pesakit jantung lebih mudah mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.
  • Pesakit-pesakit asma turut juga menghadapi kesulitan untuk bernafas apabila terdedah kepada asap rokok.
Cara Untuk Berhenti Merokok

Jika anda sayangkan diri anda dan insan di sekeliling anda, berhenti lah merokok..!


11 Cara Untuk Berhenti Merokok

1. Tahu alasan berhenti merokok

Jika anda ingin berhenti dari kebiasaan merokok, anda perlu tahu alasannya. Apakah itu kerana kesan buruk yang dibawa oleh merokok, ingin kelihatan lebih muda atau kerana ingin melindungi keluarga dari asap rokok. Pilih alasan yang sangat kuat untuk boleh mengalahkan godaan merokok. 

2. Jangan anggap remeh

Mungkin Cara Berhenti Merokok terdengar mudah. Anda hanya perlu membuag semua rokok yang telah dibeli dan menahan diri untuk tak membelinya kembali. Malangnya menghentikan kebiasaan ini tak semudah yang dikira. Sebanyak 95 peratus orang yang cuba untuk berhenti tanpa terapi atau rawatan, akhirnya malah kembali merokok. Alasannya adalah bergantung yang ditimbulkan oleh nikotin. Otak menjadi terbiasa dengan nikotin dan memerlukannya tiap saat.

3. Lakukan terapi nikotin

Apabila anda berhenti merokok, nikotin boleh membuat anda merasa kecewa, kemurungan, gelisah atau marah. Terapi pengganti nikotin boleh bantu atasi masalah ini. Kajian menunjukkan gula-gula getah nikotin dan lozenges boleh bantu melipatgandakan peluang anda untuk berhenti dari merokok, bila dilakukan secara intensif. Namun hati-hati, penggunaan produk seperti ini sambil merokok tidak digalakkan.

4. Tanya ubat resep

Untuk memudahkan mengatasi ketagihan nikotin tanpa menggunakan produk yang mengandungi nikotin, tanyakan pada doktor sama ada pil yang boleh anda makan. Ada beberapa ubat yang bantu mengurangkan rasa lapar dengan mempengaruhi bahan kimia dalam otak. Ubat itu juga akan membuat anda berpuas hati walau hanya menghisap sedikit merokok sahaja. Ada juga beberapa ubat lain yang mengurangkan gejala nikotin seperti kemurungan dan ketidakupayaan menumpukan perhatian.

5. Minta bantuan orang terdekat

Beritahu keluarga, rakan dan rakan sekerja bahawa anda sedang berusaha mencari Cara Berhenti Merokok . Bergabung dengan kumpulan anti merokok atau bercakap dengan kaunselor juga boleh dijadikan salah satu alternatif. Dorongan mereka tentu memberikan peluang besar bagi anda untuk segera menghentikan kebiasaan buruk ini.

6. Kawalan stres dengan betul

Salah satu alasan orang merokok adalah, nikotin boleh membantu seseorang untuk lebih rileks. Setelah berhenti merokok, anda perlu mencari cara lain untuk mengatasi stres, misalnya dengan dipijat, mendengar muzik santai, atau mengikuti kelas yoga. Jika boleh, sebaiknya elakkan situasi stres pada minggu pertama ketika anda mula berhenti merokok.

7. Elakkan alkohol dan pencetus merokok lain

Kegiatan tertentu boleh meningkatkan keinginan anda untuk merokok. Alkohol merupakan salah satu punca paling biasa, jadi cubalah untuk menguranginya. Jika kopi membuat anda ingin merokok, beralihlah pada teh selama beberapa minggu. Dan jika anda terbiasa merokok selepas makan, cari cara lain untuk menghindarinya contohnya seperti mengunyah gula-gula getah atau memberus gigi.

8. Bersihkan rumah

Setelah anda menghisap batang rokok yang terkini, buang bungkus merokok, korek api dan asbak. Basuh pakaian, bersihkan karpet, terus, atau apa-apa yang terkena bau asap rokok. Gunakan penyegar udara untuk menyingkirkan aroma merokok. Anda tentu tak mahu melihat atau menyium bau yang mengingatkan anda tentang merokok, bukan?

9. Bergerak

Aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan ketagihan nikotin dan meringankan beberapa gejalanya. Bila keinginan merokok muncul, pakai kasut sukan anda, dan lakukan jogging. Bahkah sukan ringan seperti berjalan kaki ditemani haiwan kesayangan, berbasikal atau berkebun juga memberikan manfaat yang bererti. Sukan juga boleh bantu anda mengelakkan kelebihan berat badan apabila berhenti merokok.

10. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sebaiknya jangan lakukan diet apabila anda berusaha untuk berhenti merokok. Fokuslah untuk mengambil lebih banyak buah, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak. Menurut kajian di Duke University, makanan-makanan ini membuat merokok terasa mengerikan. (Wolipop.com)

11. Cuba dan cuba lagi

Gagal berhenti merupakan hal yang biasa. Banyak perokok yang perlu mencuba beberapa kali sebelum akhirnya berjaya lepas dari kebiasaan buruk ini. Semak keadaan emosi dan fizikal yang membuat anda menyerah. Gunakan sebagai peluang untuk kembali menegaskan komitmen untuk berhenti merokok. Setelah anda membuat keputusan kembali, tetapkan 'tarikh permulaan berhenti merokok' di bulan depan.


Jom Sertai Pertandingan Fotografi 
'Tak Nak Merokok'


Hadiah menarik menanti Anda....!


Terma & Syarat


Bagaimana untuk sertai pertandingan ini???



Cepat... undilah sekarang....!



Pertanding Fotografi Gaya Hidup Sihat ini bermula dari 22 vember 2011 sehingga 10 Disember 2011...! sila layari Gaya Hidup Sihat - TNM untuk maklumat lanjut..

5 comments:

Pretty Ryna said... [Reply]

takutnya tgk

armouris said... [Reply]

lagi info tentang rokok - Berhenti Merokok Dengan SmokerHaven

armouris said... [Reply]

lagi info tentang rokok - Berhenti Merokok Dengan SmokerHaven

eMMa cahaYa Qaseh said... [Reply]

@Pretty Ryna: hehehe tu la pasai kak.. ema pown takut gak..kita yang menyedut asap jer nih lebih berisiko dari org yg hisap rokok nih...

eMMa cahaYa Qaseh said... [Reply]

@armouris: thanks for the info...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)