Friday 2 December 2011

Demam "Ombak Rindu"

Selepas Filem adaptasi Lagenda Budak Setan, sekali lagi Malaysia dijangka akan dilanda demam "Ombak Rindu". Satu lagi filem yang diterbitkan diadaptasi dari novel berhantu Fauziah Ashari iaitu Ombak Rindu.


Sinopsis filem:

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Pelakon

Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Jom Layan gambar² dari filem Ombak Rindu...

                         

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)