Friday, 30 December 2011

...kalau lah...!!!


Kalau lah aku seekor burung, akan aku terbang tinggi....
setinggi yang mungkin dan akan aku terbang sejauh yang mungkin supaya tak ada siapa lagi yang mampu mencari aku lagi!

Kalau lah aku seekor ikan, akan aku berenang sedalam-dalamnya
dan sejauh-jauhnya supaya tak ada siapa pun yang dapat menjumpai aku lagi!

Tapi itu semua KALAU!!!
Kalau itu...kalau ini....
Ah!!! aku masih lagi menjadi aku!!!
Masih lagi banyak rintangan dan dugaan yang perlu aku tempuh dan lalui!

Kenapa perlu wujud KALAU dalam dunia nih????

KALAU....
seolah-olah kalau itu adalah sebuah harapan yang palsu!
Dan aku salah seorang yang mengharapkan KALAU itu menjadi kenyataan!!!

Wahai manusia atas bumi ni ingatlah!

Bahawa jika telah berjanji sesuatu... maka tepati lah ia..
kerana sesunguhnya janji yang telah di lafazkan adalah untuk di tepati dan bukan untuk di mungkiri!!!!

Sesunguhnya mereka2 yang memungkiri janji adalah tergolong dalam golongan orang yang munafik!!!!

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)