Monday 5 December 2011

Tuntutan dan Ganjaran di 10 Muharram....

Salam kengkawan.... salam 10 Muharram... dan kepada korang yang berpuasa arinih selamat menjalani ibadah puasa... semoga amalan kita pada hari ini di terima dan diberkati olehnya....

Korang taw tak betapa banyaknya ganjaran pada hari nih??? jom I share ngan u all...


1) Mandi sunat Asyura
    - Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:



2) Memakai celak
    - Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.

3) Memelihara penghormatan diri
    - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa di terangi cahaya keimanan.

4) Menahan marah
    - Allah akan akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhaiNya.

5) Membaca surah Al-Ikhlas - 100 kali
    - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.


6) Solat sunat Asyura 4 rakaat
   - Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangkamasa 50 tahun.

7) Membaca “Hasbiallah-hu wa nik mal wakila nikmal maula wa nikman nasiru”
    - Tidak dimatikan pada tahun ini.


8) Berpuasa
    - Allah menghapuskan dosa2 kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan
      dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberikan pahala 10 000 malaikat,
      10 000 kali Haji dan Umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada
      neraka.

9) Menjamu orang berbuka puasa
    - diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga
      mengenyangkan perut mereka.

10) Bersedekah
      - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang
        tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti
        bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

11) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri
      - Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk
        sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.

12) Mengusap kepala anak yatim
      - Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk
        sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.

13) Memuliakan fakir miskin
      - Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.

14) Menunjukkan orang sesat
      - Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

Kepada kawan2... sahabat handai yang berpuasa arinih... selamat menjalani ibadah puasa.. 

Renung2kan dan selamat beramal....! (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)