Monday, 13 August 2012

.:: Ramadhan 24 ::.



Firman Allah,
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar.
Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? 
Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Friday, 10 August 2012

.:: Ramadhan 21 ::.


# Salam 21 Ramadhan #

Ramadhan tahun rasa pelik sangat...
selalunya bila lagi seminggu nak raya semua persiapan raya da siap...
segala macam kuih muih
baju raja berpasang²

tapi tahun ni?
ummm 1 apa pun tak beli lagi...
kuih belum beli...
baju raya pun baru ada sepasang...

kenapa tak der mood langsung nak shopping raya tahun ni yea??

asal gi jalan kat masjid jamek, bukan baju kurung yg I usha... 
tak habis² menambah koleksi long dress...
takkan nanti gi beraya umah kawan² nak pakai long dress kot...

kawan²?
ada ker my best fren yang raya kat kampung?
ummm mungkin nih la salah satu sebab I tak der rasa nak raya...
semua best fren raya umah mertua...
so tahun nih I raya sorang²

ummm cedihnya.... =(

tak per la... nak wat cam ner kan... 
itulah adat kehidupan...

yg da ada family kena la dahulukan family.. then baru kawan²..

minggu depan if tak sibuk nak gi pusing² kat jalan tar...
cari baju...
harap² next week tak la se'bz' minggu nih...

apa² pun... salam 21 Ramadhan kwn²...
selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah terawih...
=)


Thursday, 9 August 2012

Friday, 3 August 2012

.:: 11 jenis manusia didoa Malaikat ::.

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak."


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Wednesday, 1 August 2012

.:: Ramadhan 12 ::.


#Salam 12 Ramadhan #

Ya Allah berkatilah ibadah ku pada hari ini...
Kuatkan iman ku...
Tingkatkan kesabaranku
Teguhkan hatiku dalam menghadapi segala dugaan dan ujian dari-MU.

Ya Allah dengarkan aku.
Sanggupkan aku dalam keadaan yang sulit.
Aku tahu aku mampu dan aku sanggup dengan bantuan-MU

Amin amin Ya Rabbal alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)