Wednesday, 29 February 2012

Petua Lembutkan Hati Suami

Haaa... nih I ada sikit petua untuk para isteri untuk lembutkan hati sang suami.. even I lom kawen n lom ada suami... rasanya nak kena taw jugakkan... hehehe.. paling tidak pown I leh share apa yang I taw... I dapat petua nih via email dari Pn. Hajjah Rozlina Najmuddin... so, Puan.... I mintak izin la yer nak tempekkan petua nih kat dalam blog I... bukan per... buat pedoman untuk kawan2 I yang da bergelar isteri... yang belum bergelar isteri pown kena amik tau... satu hari akan ada suami kan...so ... korang leh baca apa petuanya untuk lembutkan hati suami... Selamat mencuba yer.... (*_*)


  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
  2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah  memberi perhatian dan simpati.
  3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
  6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
  7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
  8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
  9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  10. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  11. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  12. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  13. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  14. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  15. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
  16. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

Tuesday, 28 February 2012

28 February 2012

28 Feb datang lagi.. mengharap hari nih takkan datang sbb tak nak menghadapi arini sorang2... huhuhu... sadis jer bunyinya... bagi orang lain mungkin... apa la yg ada pada 28 feb nih kan... tapi pada I sangat bermakna... dulu mmg sangat2 la di nanti akan kedatangan hari ini... tapi skrg nih tak lagi... tak sanggup nak hadapi hari nih sorang2 tanpa teman yang di anggap 'istimewa'...

mujur ada kawan2 n family yg sudi wish me happy birthday.. thanks to all my lovely family and my sweet frens.... love u all... =)

sekurang2nya u all da membuatkan hari I sedikit ceria.. thank ya.. 

Thursday, 16 February 2012

Kereta dan Signal

Kenapa kalau orang bawak keta tak suka nak bagi signal? Hadoi la... tak paham betoi ngan perangai manusia nih... keta tuh dah di cipta cukup dengan sifat2 keta... tapi rasanya masih ramai yang bila bawak keta nak belok kiri ker.. belok kanan ker... tak suka nak bagi signal...

Tak taw la samada tak suka or terlupa yang keta dia tuh ada signal... or mungkin dia ingat hanya dia sowang jer yang bawak keta kat KL nih... sian kat orang tuh.. harap jer  bawak keta mahai... tapi sayang signal tak dak... macam la luak keta mahai dia tuh kalau bagi signal nak masuk simpang... haishhh... tak paham betoi... kalau I tersondol keta mahai dia tuh... nanti di katanya I nih yg cuai bawak keta... da dia tuh yang cerdik habis nak masuk simpang tak reti2 nak bagi signal.... sekolah memandu mana ntah ajar dia nak masuk simpang tak yah bagi signal.... pegawai JPJ mana ntah yang luluskan dia masa driving test! ntah2 ambik lesen terbang tuh yang bawak keta cam tak skolah...! GGGGrrrrr geram tol...!!


Wednesday, 15 February 2012

Penyakit "M"

Semenjak aku diserang penyakit "M" yang tersangat la serius... sampai nak buat semua benda pown tak jadi... semua benda pown terbengkalai... susahnya manusia nih kalau da di serang dengan penyakit "M"...  bila da di jangkiti penyakit nih plak tak ada ubat.. tak ada penawar... dan sorang pown tak leh nak tolong selain dari diri sendiri..

Dan bahana dari penyakit "M" ini lah dia... tengok la blog nih.... dah bermacam2 sarang yang ada... labah2 la... semut la... tikus??? eiii yerk.. tikus tak mo la... kotor sangat binatang tuh! (*_*)

Sebenarnya tak der per pown nak nak tulis... tapi tangan gatai nak corat coretkan sumthing kat sini memandangkan da lama betoi I tak post per2 entry in my blog...

Windu nak blogging cam dulu... tapi tempat... keadaan... suasana.... macam tak mengizinkan sangat untuk terus berblogging... lagipown sekarang nih tengah down... pasai keje... dengan boss... dengan macam2 lagi la... hmmm.. apa2 pown semoga tabah dan cekal untuk segala cabaran... dugaan dan ujian yang datang sbb I tak keseorangan... Allah itu ada... dan yang pasti DIA akan sentiasa bersama dengan hambaNYA yang redha dengan setiap ujian darinya.... ~~tak rugi menjadi orang yang sabar..... (*_*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)