Saturday, 26 May 2012

.:: Deactivate ::.

Dear all fren,
I just deactivate my FB account..
tp ini utk sementara saja...


kenapa deactivate???

ummm mungkin sbb:

1) da bosan

2) da tak benda menarik lam FB

3) banyak sangat benda yg I tak suka yg ada kat FB tu

dan macam2 lagi la... tak tersenarai plak kat sini...
maybe lau rajin2 nanti baru akan activate smula FB account...

ada dengan tiada tak ada beza pun... takkan ada pun yg perasan ketiadaan ku...!



.:: Mengidam ::.

lately nih betul2 mengidamkan sumthing...
apa lagi kalau bukan
samsung galaxy note...
hadoi bila la nak dapat sambar sebijik nih...

tgk gmbr pun boleh buat ayak liur meleleh....
huhuhuhu


sekarang nih bukan ada note in black and white... malah note pink pun ada.. halamak... cool babe... da la I nih die hard pink... ada jugak yang sambar 1 kaler pink nih...




hehehe.... lau amik waner pink, jawabnya si en abg takkan pinjam la....
sbb da taw sangat si en abg alergik ngan waner pink...
ekekekeke

tak kira.... bulan depan mesti sambar 1..!!!!



Friday, 25 May 2012

.:: Masak Masak ::.

rasa cam da lamanya tak masak...
skrg nih asyik makan kat lua ja...
smlm pn sama... padahal sbnrnya cakap ngan si en abg, smlm nak masak... ekekeke
tapi di sebabkan sesat di Cheras sbb cari jalan peel tak jumpa terpaksa ka cancelkan rancangan nak masak...

lastly pi makan kat kedai makan kat bangi...
tak ingat nama kedai tuh apa...
tapi yang tak beshnya bila sampai2 jer.. tak der orang nak datang amik order...
si en abg biasa la... mula la... bising mulut dia.. huhuhuhu

lama jugak duduk kat situ baru la ada yang datang amik order...
setengah jam jugak tunggu baru order sampai...
hampir2 da si en abg ajak blah...
sib baik la I ada tolong sabarkan... lau tak mesti da blah dari kedai yang lembap tuh...

bila order sampai plak... hadoi... tomyam tuh tak der per pun...
ada ayam n daging yang di potong sangat kecik...
udang sekor...
sampah2 ja yang banyak... 
kangkung dia plak... batang jer yg banyak... bawang pun bleh tahan banyak...
daun kangkungnya boleh kira brapa urat ja...
adoi... cam nih ke orang meniaga??
tau nak untung ja....

di sebabkan si en abg tak puas hati, jadi si en abg pun request,
"esk awk masak la... makan kat kedai cam nih tak puas.. baik makan kat umah jer..."

ekekeke... tu la... dengan tak semena mena I pun jawab... ok, esk sy masak kan utk awk k...

terlupa plak yang arinih nak kena antar adik ke putra... bas adik kul 8 malam...
nampak nya malam nih pun tak leh masak jugak untuk si en abg...
jawabnya malam nih makan kat kedai lagi la yea...

ari sabtu nanti baru sy leh masak utk awk k???

(*_~)


.:: FB Punca Pasangan Bercerai?? ::.

td masa otw pi ofis, ada dengar dalam HotFM pasal FB..
bukan per... tajuk berita tuh cam besh jer...
"FB Punca Pasangan Bercerai"

bila dengar tuh macam biasa jer.. tak der makna per2 pun..
tapi ntah napa bila dengar pasal berita tuh, tetibe jer terdetik dalam ati nih...
sbb I rasa mmg FB bnyk yang buruk dari yang baik...
nih pandangan personal I jer...
I tak leh la nak cakap lelebih sbb I sendiri pun ada FB...
tapi I tak der la addicted sangat ngan FB nih...
cuma ada masa2 tertentu jer I addicted ngan FB nih... 

FB kadang2 boleh membuatkan pasangan yang setia pun jadi curang...
FB nih boleh buat pasangan hilang kepercayaan pada pasangannya pun ada...
yer la... kalau da pasangan asyik masyuk melayan FB dari melayan pasangannya... sapa yang boleh tahan??
tul tak?
I tak der la fokus kan pada kaum lelaki jer yang addicted ngan FB nih... ada jugak perempuan yang addicted ngan FB... ada jugak perempuan yang addicted ngan FB sampai lupa suami sendiri... sampai lupa anak.. sampai lupa makan... lupa segala2nya hanya kerana ketagih nak berFB...
kalau tak ketagihkan FB tak der la kes yang anak mati dibakar sbb mak suh pi kedai beli telor dan megi... mak kat umah sibuk layan FB... iskh.. iskh... iskh...
harap2 la bila I da jadik mak nanti tak der la jadi cam tuh... wallahullam...

sbb i nih pempuan, I rasa better I cakap dari sudut pandangan diri I sendiri...
I rasa perempuan nih tak sepatutnya la terlalu addicted ngan laman2 sosial nih... yer la... bukan FB jer.. twitter and per2 lagi la... bila I tulis cam nih bukan bermakna lelaki boleh addicted ngan FB or laman sosial lain... sama jer.. laki ker pempuan ke... 
nak berlaman sosial boleh tapi jgn sampai mengabaikan tanggungjawab sudah...
pada mereka2 yang masih bujang tak per la... tapi pada mereka2 yang da ada keluarga jgn la smpi mengabaikan suami/ isteri dan anak2 semata2 sibuk melayani FB or twitter...

pada mereka2 yang masih bujang pun jgn la terlalu addicted sangat ngan laman sosial nih... bukan per... pada anda2 yang da ada kekasih... jaga la hati kekasih anda...

pesanan kpd kaum pempuan/ lelaki... jgn terlalu percaya kepada lelaki/ perempuan yang anda kenal di laman sosial nih... apa yang dorang cakap tuh tak semestinya betul...

so... fikir2 dan renung2kan la yea sblm anda percaya kepada mereka yang anda kenal di laman sosial nih...


Thursday, 24 May 2012

.:: Surat Chenta ::.

hadoi... 
gara2 lupa dapat 1 lagi saman DBKL...
nih sumer pasal ralit wat keje sampai lupa nak pi alihkan keta...

hukhukhuk...
dapat surat chenta lagi... bulan nih ja da dapat 2 surat chenta dari DBKL..
apalah nasib...

dapat gaji habis bayaq saman ja... tension tul....

=(


Wednesday, 23 May 2012

.:: Hati ::.


"Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan..."

Ya Allah...
aku mohon semoga perasaan indah ini kekal 
sehingga aku menuju ke destinasinya...
semoga rasa bahagia ini kekal 
untuk selamanya...

Aku mohon keredhaan MU ya ALLAH...

lindungilah hubungan ini...

amin amin ya Rabbal Alamin... 


Tuesday, 22 May 2012

.:: A Gift ::.


a simple gift for si en abg... handkerchief Renoma...
sbnrnya ada orang cakap tak elok kalau bagi handkerchief...
hmm... betul ker?? tapi da beli n da bagi pun pd si en abg...

doa kan yg terbaik utk kami...

=)

Monday, 21 May 2012

.:: 22 Petanda Lelaki "GENTLEMEN" ::.


bila sebut pasal lelaki GENTLEMEN sudah pasti ramai wanita yang menginginkannya... hehehe... jom baca n tengok sejauh mana GENTLEMENnya pasangan anda....

1.  Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, jauh sekali membebel.  Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.

2.  Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja.  Tapi lelaki yang GENTLEMEN  tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang.  Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda.  Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon.  Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

3.  Anda bersamanye, di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar.  Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memaki-hamun.

4.  Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang.  Provokosi?  Maaf, lelaki GENTLEMEN tidak berminat untuk melayan.

5.  Jejaka GENTLEMEN jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai.  Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

6.  Lelaki GENTLEMEN tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.

7.  Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat berbumbung.  Dia tidak mahu anda terkena hujan.  Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.

8.  Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda.  Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.

9.  Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah.  Jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.

10.  Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11.  Lelaki GENTLEMEN  tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu.  Mereka juga tidak akan meludah  merata-rata.  Lelaki GENTLEMEN juga tidak akan sesekali melara-laras alat sulitnya di khalayak ramai.

12.  Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja.   Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman.  Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.

13.  Anda kelam kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja.  Butang kemeja bajunya tercabut.  Dia terus mencapai benang dan mencari jarum.  Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.

14.  Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

15.  Lelaki GENTLEMEN mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.

16.  Seorang lelaki GENTLEMEN sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas beruurusan di mangkuk tandas.  Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain terseksa.

17.  Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.

18.  Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minumannya.  Dia akan mencari gelas dan menuangkannya untuk minum.

19.  Lelaki GENTLEMEN tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.

20.  Lelaki GENTLEMEN jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah.  Dia tetap tenang.

21.  Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit bakinya.  Sebaiknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.

22.  Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah bukanlah cinta pertama anda.


** pesanan khas: jangan meminta pasangan kita untuk berubah menjadi lelaki GENTLEMEN seperti dalam senarai di atas nih... tak ada manusia yang sempurna... kerana kita juga tidak sempurna... jadi, terimalah pasangan anda seadanya dengan hati yang terbuka...

Sunday, 20 May 2012

.:: Tips Perkahwinan ::.

Tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah… mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

.:: Semua Isi Hati Mu ::.



cobalah kau mengerti semua tentang isi hatiku
seperti mana aku yang mengerti semua tentang isi hati mu


.:: Melara Jiwa ::.

melara jiwa.... saat sepi sendiri...
di saat si en abg kena keja dari tengahari smpi la ke malam..
hmmm... bosan merajai hati...

aku start keta... pusing2 KL...
tanpa arah tujuan... sampai la aku stereng kereta bawak aku sampai ke stadium bukit jalil...
di mana tempat si en abg sedang bertugas... hehehehe...

meranduk jem sbb kebetulan baru habis game Kelantan vs Sime Darby...
phone tetiber plak berbunyi... jelas terteta di skrin phone, "en aBg sYg"..

alamak, dia ternampak keta aku kah??? kantoi la lau si en abg taw... huhuhu
hehehe... sib baik pandai cover... lau tak kompem kantoi kuar umah tak bitaw dia... hehehe...

hmmm... sepanjang jalan... bising dengan pekikan pekikan manusia...
maklum la... kelantan menang dengan 1-0
adoi la manusia manusia...
menang bising.... kalau kalah lagi la bisingnya....

ahh... tak penting pun tuh semua pada aku...
yang penting aku kuar sebab nak cari ketenangan...
tapi aku tak jumpa dengan ketenangan yang aku cari...
mungkin ketenangan itu tak ada kat sini... huhuhu

semoga hari esok boleh memberikan ketenangan pada aku...

sbb per????

sbb esok si en abg off.. hehehe... maybe tomorrow for movie time... hehehe....

jmpa esok yea en abg... can't wait to see you tomorrow... 

=="==


Saturday, 19 May 2012

.:: Jika Isteri Menangis dihadapanmu, Wahai Suami ::.

~~ SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA ~~


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaum yang bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh SUAMI…

Bahawa “Betapa berharganya dia”


Friday, 18 May 2012

.:: Friday, I'm in Love ::.

hari ni da Friday... 
bila ingat Friday, automatik mulut akan tersenyum..
sbb per senyum????

=)

msti la senyum penuh makna...
sbb hari last nak kena bangun pagi... 
pegi keje...

hmmmmm... syok bila da nak cuti...
rehat2kan minda dan otak...
lau la tiap2 mggu cuti 4 hari seminggu kan besh...
keje 3 ari cuti 4 ari... kompem takkan stress... hahahaha....

nak lagi besh bila weekend dapat jejalan ngan si dia...
lagi la bertambah bermakna weekend tuh... 

tapi asernya lau jalan pun mesti area sini ja...
da ada bunga2 yang kata weekend nih si dia kena keje...
huhuhuhu... hmm tak per la.... kerja la...

yang penting sy cuti....  =)


Thursday, 17 May 2012

.:: Cahaya Hati ::.


Ya Allah...
aku mohon ketenangan yg abadi...
semoga aku tidak keseorangan saat aku menangis..


Friday, 11 May 2012

.:: Indah ::.

Indah...
sesuatu yang indah...
seindah hari ini...

Indah... semoga yang indah itu kekal...
semoga yang indah itu membahagiakan...
semoga yang indah itu menggembirakan...

Indah...
membuatkan aku tersenyum...

Indah...
membuatkan aku ketawa...

Indah...
membuatkan aku bahagia...

Terima kasih kerana membuatkan aku rasa INDAH...

=)

Friday, 4 May 2012

.:: Berlibur di Hari Buruh ::.

tak der tempat yang nak di tuju masa cuti hari pekerja ari tuh... last minute planning I ngan si en abg pegi cameron highland.... konon2 nya nak merasai udara sejuk nyaman la kat atas sana... al maklum la sama2 penat n sama2 ngah tension ngan keje.. hmmm... tension ka?? ekekeek.. saja2 wat tension jer kot...

excited nak pi sana bukan per... teringat2 kat jagung mutiara... memang mabeles la jagung mutiara tuh... dengan manis nya... hadoi... bila rasa jatuh cinta n teringat2 rasanya yang manis tuh....

so, gerak pagi2... tp tak der la pagi sangat pun... dalam kul 9 cam tuh... si en abg la... boleh plak terlajak tido sampai kul 830... nak tunggu dia mandi dan bersiap lagi... sib baik la si en abg nih jenis bersiap kejap ja... lau lama... maunya berjanggut I nak kena tunggu...

sampai kat atas da tengahari... hmmm.. da tak sejuk la cameron nih... zaman2 masa I skolah2 dulu punya la sejuk.. sampai tengahari pun nak kena pakai sweeter... skrg nih pakai baju nipis pun tak rasa sejuknya... huhuhu.. betulla.. ozon da semakin menipis...  dunia da semakin panas.. urmmm...

lagi satu yang tak beshnya masa kat sana... urmmm jalan jem... salah pilih timing kot pegi sana... maklum la cuti umum... mmg jadi tempat tumpuan orang la... 

tgk la jalan kat cameron... jem... sana sini jem...

bila da banyak keta cam nih.. nak cari paking punya la susah... nak paking pun bukan leh sebarang parking... apatah lagi bila nampak pak polis trafik dok meronda ja nak saman org.. huhuhu.. susah toi.. tak saman tak leh ker pak polisi??? hehehehe

tak banyak yg dapat snap pic.. sbb I yang kena drive bila da smpi kat cameron... sian kat si en abg sbb sakit kaki... tak per la.. sbb kan sakit kaki I bagi can kat si en abg dok sblh rehat... =)

saujana mata memandang



da sampai sini baru ada rasa sejuk sikit laaa... sikit jaa... huhuhu


kalau stress... pandang la sesuatu yang hijau... pasti tenang... =)


big strawberry... tingin nak gmbr kat sini..


singgah jap kat cactus point... 


bunga bunga bunga... sangat sinonim ngan cameron highlands


si en abg yang da addicted ngan jagung mutiara.. selamba jer habiskan I punya jagung bakar... padahal baru je lepas makan jagung rebus huhuhu


bunga again... sangat ceria kaler bunga nih...



lobak putih... sangat freshhh.... geram....


errr... buah per nih ehh??? bleh plak tak ingat nama buah nih....


si en abg lau dapat tester... 1 tupperware dia dia angkat.. hehehe


dried love fruit... hmmm sedap... =)


it's time to memborong sayur2an... giler murah... 13 bungkus rm 10


my pebret... cendawan... 3 bungkus rm 10


limau nih sangat2 la manis nya.... tapi tak taw nama per...


nih lagi... jagung yang ke 3... jagung yang ke 4 selamat di kerjakan masa dalam perjalanan balik.. hehehehe


home made strawberry ice cream... so nice...


sian si en abg tak dapat nak petik strawberry... tokei kata sumer da habis di petik la... huhuhu

sekian, berakhir la percutian kami yang tak sampai pun sehari di cameron highlands...tapi next time akan ada lagi trip untuk ke sana.. tapi yang pastinya bukan nak pegi time cuti umum or cuti sekolah... tak larat nak meredah jemmm... rugi masa kat atas jalan jer... ehehehe

amigossss adioooss... tunggu next update... =)


Thursday, 3 May 2012

.:: Kosong ::.

saya nak menulis someting malam nih...

tapi stuck...

got nothing to say....

just gud nite to everyone...

harap esok ada sumber inspirasi untuk sy menulis....

(,")


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)