Monday, 27 May 2013

.:: I Have Learnt ::.

I have learnt,
I came alone and I have to go alone.

I have learnt,
Some people are with you only
When they need you, not otherwise.

I have learnt,
If you care someone too much
You will be hurt and ultimately blamed...

ULTIMATELY,
I have learnt,
Love someone but not so much that
You forget to keep some love for yourself!

Friday, 17 May 2013

.:: Kehidupan ::.

yang membuat kita KUAT adalah DOA
yang membuat kita DEWASA  adalah MASALAH
yang membuat kita MAJU adalah TEKAD yang kuat,
USAHA keras dan HATI yang IKHLAS..

yang membuat kita LEMAH adalah PUTUS ASA
yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN
dan IMPIAN..

yang membuatkita menjadi insan yang BAIK adalah
MENGAKRABKAN diri dengan ALLAH dan memperbanyakkan
SUJUD dalam keheningan jiwa...

In shaa ALLAH...

# Ya ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan...

Aamiin... #

Tuesday, 14 May 2013

.:: Aku kan Tetap! ::.


Aku tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS..
Aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..
Aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TAK SANGGUP lagi..
Aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
Dan yang paling penting aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA..

Sunday, 12 May 2013

.:: sebuah keMAAFan ::.

ORANG yang paling
CEPAT dalam MINTA MAAF
adalah 'ORANG YANG
PALING BERANI'

ORANG yang paling
CEPAT meMAAFkan adalah
'ORANG YANG PALING KUAT..'

ORANG yang paling 
CEPAT meLUPAkan
KESALAHAN orang lain adalah
'ORANG YANG PALING
BAHAGIA..' :)

p/s: aku maafkan kamu... tapi nak melupakan ianya akan mengambil masa yang agak lama! *maaf!*

Saturday, 11 May 2013

.:: Betul Ke? ::.

Bila kita sayangkan seseorang tu,
kita akan biar dia memilih, dan
terima apa jua pilihannya...
Tapi, bila kita cinta atau sukakan
seseorang tu, kita akan selalu
menunggunya dengan setia dan tulus..


Friday, 10 May 2013

.:: J.U.J.U.R ::.

Lelaki kena tahu, bila perempuan
bertanyakan sesuatu dan meminta
awak berterus terang, itu bermakna
perempuan itu dah tahu perkara yang
sebenar, dia cuma nak tengok sejauh
mana awak jujur dengan dia!

# sila bersikap J.U.J.U.R yea wahai LELAKI!

Tuesday, 23 April 2013

.:: A.K.U ::.

Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.
Tidak bergaya.
Tidak mesra dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padaku.
Hidup bukan untuk membuat orang
suka kerana redha Allah bukan
pada redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanya gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna.

Monday, 22 April 2013

.:: Dear Future Husband ::.


I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife ever, insha'Allah.

 I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure, to be the best wife I can be, insha'Allah.

 I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother, insha'Allah.

 As long as you promise me one thing, "HELP ME GET TO JANNAH"

.:: A.Y.A.H ::.

Apa yang kita tak tahu tentang seorang lelaki yang bergelar AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!" Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, ayah memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... lalu ayah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya..."

Ayah.. I Love You!

Friday, 19 April 2013

.:: ISTERI ::.

Wahai wanita, beruntungnya kamu kerana bergelar seorang isteri!

  1. "Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun."
  2. "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."
  3. "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin."
  4. "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad."
  5. "Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)."
  6. "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
  7. "Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga." (hadith Riwayat Tarmizi)
  8. "Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka."
Dan ingatlah wahai wanita, itu semua terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT".

#Ya Allah, KAU jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang telah kau tetapkan untuk menjadi suamiku.. seorang lelaki yang nanti akan membawa aku dan anak-anakku ke jalan MU yang Engkau redhai... Aamiin...#


Wednesday, 10 April 2013

.:: Ibu ::.

untuk IBU yang melahirkan ku,

maaf kerana belum mampu mengukir kebahagiaan di wajah ibu...
maaf juga dengan semua air mata yang tumpah kerana diriku...
terima kasih juga kerana doa ibu setiap saat padaku...
semoga ibu sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang baik selalu...

#kasih sayangku padamu ibu selagi ada hayatku...


I Love You, Mak!

Friday, 5 April 2013

.:: ALLAH, Maha Mengetahui! ::.

Terkadang,
Allah memberikan kita air mata untuk menyejukkan gersangan hati kita.

Allah memberikan kita kesedihan, agar kita tau nikmatnya sebuah keihklasan.

Bukan Allah merebut kebahagiaan itu, bukan pula Allah mengambil senyuman kita.

Namun Allah sedang mempersiapkan pengganti air mata itu dengan yang lebih baik lagi.

jangan bersedih jika kehilangan sesuatu barang, orang yang dicintai atau apapun... Kerana, dibalik hujan badai akan ada mentari dan pelangi yang menghiasi hari..


Selamat Hari Jumaat! Ya Allah.. Kau jadikanlah dia selalu dan kan tetap jadi milikku.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Aalaamiin.


Tuesday, 2 April 2013

.:: Doa ::.

"Ya ALLAH,
Saat Engkau mengurniakanku HARTA, janganlah Engkau cabut KEBAHAGIAANKU
Ketika Engkau berikan aku KEKUATAN, janganlah Engkau hilangkan KEBIJAKSAANKU
Apabila Engkau mengurniakan aku KUASA, janganlah Engkau cabut TAWADHU'KU
Ketika Engkau berikan aku KERENDAHAN HATI, janganlah Engkau hilangkan KEMULIAANKU
Saat Engkau berikan aku KEHEBATAN, janganlah Engkau tarik SIFAT KASIH dan PEMAAFKU."

Friday, 29 March 2013

.:: Syukur Penambah Nikmat ::.

rasa syukur membuat hidup menjadi indah
rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah
rasa syukur mengubah apa yang kita miliki menjadi lebih berharga
rasa syukur mengubah masalah menjadi hikmah
rasa syukur mengubah hidangan sederhana terasa istimewa
rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman
rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga
rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan
rasa syukur mengubah penolakan menjadi penerimaan
rasa syukur mengubah kebencian menjadi kasih sayang
rasa syukur menciptakan kedamaian dan ketenangan
rasa syukur mengubah emosi menjadi latihan kesabaran
rasa syukur menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis
rasa syukur menjadikan masa sekarang menjadi keindahan dan kesenangan
rasa syukur menjadikan hari esok penuh harapan
rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan
bila hati kita di penuhi rasa syukur maka:

"Hidup menjadi lebih indah dan damai", Alhamdulillah...

"Ya ALLAH, hamba memohon kepadaMU, semoga hamba termasuk dalam golongan orang² yang bersyukur"

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin

Thursday, 28 March 2013

.:: Saat Ujian Menimpa ::.

saat ujian menimpa
saat seolah tidak ada yang mendukung 
saat seolah tidak ada yang membantu

itu mungkin teguran dari Allah
agar kita sedar, bahawa hanya Allah tempat bergantung
agar kita ingat, hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan

mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat!

Monday, 25 February 2013

.::Seorang Pakcik & Sekeping RM20::.

Semalam masa sedang besh² dok melepak kat bus stop kat stesyen bus putra, ada sorang pakcik tua nih tegur I.. agak banyak jugak la soklan pakcik tuh pada I.. dia tanya dari mana.. duduk kat mana... keje kat mana... keje apa... tunggu siapa... da kawen ke blom.. n banyak lagi laa soklan² yang memang tak di jangka...

I pun dengan ramah tamahnya menjawab soklan² pakcik tuh... dengan sopan dan santun I pun jawab, sy ni baru sampai dari pahang n tgh tunggu kawan datang amik bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan bla bla bla bla bla...

di sebabkan hari da agak gelap... (memang la gelap sbb bila tengok jam da kul 7 lebih...) di tambah plak cuaca hujan menambahkan lagi kegelapan.. sebenarnya I agak cuak jugak duduk berdua jer ngan pakcik tuh kat bus stop.. banyak kali jugak la dok tengok jam sambil mata dok tengok ke arah jalan kot² nampal 'si Dia' sampai.. dalam hati nih tak putus² bedoa 'si Dia' tuh cepat sampai... tapi sayang... tak kunjung tiba jugak insan yang di nanti².

di sebabkan dari tadi asyik pakcik tuh jer yang tanya, so I pun dgn ringan mulut bertanya kat pakcik tuh plak... pakcik buat apa kat sini n tunggu siapa? tunggu anak datang ambik ker?

bila dengar jer soklan I tuh, pakcik tuh pun bukak citer... pakcik asal dari penang, tp anak isteri semua ada kat melaka... pakcik datang sini sebab kena berulang amik ubat kat HKL... td pegi The Mall sebab nak jumpa kawan pakcik... dia meniaga kat Food Court kat dalam The Mall tp pakcik tak dapat jumpa kawan pakcik sebab dia da tak meniaga kat situ da... dulu pakcik keje sebagai kerani kat LHDN penang dengan gaji rm 250... sbnrnya pakcik duduk kat sini, pakcik takder tunggu sapa² pun... sebenarnya pakcik tak cukup duit nak balik melaka... dalam poket pakcik hnya ada rm2 shj... pakcik nak mintak jasa baik anak untuk tolong pakcik...

kisahnya.... I pun sebenarnya serba salah... betul² serba salah... serba salah nak bagi ke tak nak bagi... tak bagi takut nanti, kalau betul² pakcik tuh dalam kesusuhan I plak yang rasa diri I teruk sebab tak tolong orang yang dalam kesusahan... tp kalau bagi plak I takut kalau² pakcik tuh menipu...

akhirnya.. I nekad, and I cakap kat diri I sendiri.. tawakal pada ALLAH...terpulang pada pakcik tuh samada dia bercakap jujur or dia menipu... Dengan niat kerana ALLAH, I bukak purse and hulur sikit duit untuk pakcik tuh balik melaka... lepas I bagi duit pada pakcik tuh, dia terus angkat tangan dan berdoa utk I... I terkedu masa tuh... lepas tuh terus pakcik tuh mintak diri sebab dia nak naik komuter ke seremban n kejar bas utk ke melaka.. elok tak lama lepas tuh pun 'si Dia' sampai...

pas 'si Dia' sampai kitorang terus gi makan n masa makan tuh I citer pasal pakcik tuh kat 'si Dia'... dia ada cakap ramai orang yang menipu and jangan nak simply² percaya pada org.. tapi I cakap kat dia tuh terpulang la pada pakcik tuh samada dia bercakap jujur or menipu.. if pakcik tuh menipu itu urusan antara pakcik tuh ngan ALLAH.. yang penting apa yang I bagi tuh ikhlas kerana ALLAH Taala...

bila da I cakap camtuh, 'si Dia' terus senyap and tak cakap per² da.. masa I nak balik arituh 'si Dia' hulur sekeping duit and cakap nah amik nih... upah untuk awak jahit butang sluar sy... hahahaha... memang gelak besar bila dia bagi duit tuh... tapi sebabkan dia paksa untuk I amik, I amik jugak la...

rasa macam lawak jugak sebab bila da besar² cam ni still dapat upah bila buat sumthing... tapi itulah... terfikir plak dalam hati... tak rugi kita berbuat baik pada orang lain sebab Allah akan balas setiap kebaikan yang kita buat tuh... Wallahuallam...

hey en aBg! thnx for dis RM20! ;)

Wednesday, 20 February 2013

.:: Bukan Senang nak Jadi Senang ::.

Topik pada hari nih... 
"Bukan Senang Nak Jadi Senang"

itu la... mmg itulah hakikatnya... bukan senang nak jadi senang...
sebelum nak jadi senang tuh macam² yang kita nak kena tempuh...
antara kuat ngan tidak jer nak tempuh semua dugaan dan cabaran tuh..

hati kena kuat semangat
kena tabah
kena cekal

apa² pun dugaan dan cabaran yang mendatang...

hadapilah dengan tenang
dengan sabar..

dan teruslah beristiqamah kepada Allah!



Tuesday, 19 February 2013

.:: Bosan ::.

diri di landa kebosanan di petang hari...!

ahhh... bosan datang lagi... ummm napa perlu bosan nih datang?
aku tak perlukan kamu dalam hidup aku...

Bosan... boleh x lau nak mintak sumthing dari kamu??

boleh tak kalau kamu pergi jauh² dari hidup aku??


.:: Sehangat Asmara ::.

Sebelum nih bila orang dok sibuk² citer pasai citer 'Sehangat Asmara' tak der la nak amik port sangat.. bukan apa malas nak melayan sebab takut bila da tersangkut susah plak nak tinggal... maklumlah, bukan ada banyak sangat masa nak luangkan masa dok kat depan tv or lappy nih..

tp ntah camner laa, ari ahad baru² nih boleh plak terlayan citer 'Sehangat Asmara'... siap boleh senyum sorang² kat depan lappy bila tgk si Zainal mengayat si Kay... da la mmg minat giler kat Adi Putera tuh.. bila tengok cara dia mengayat si Kay dalam citer tuh rasa macam sweet macam cotton candy jer.. hahahaha

sebelum² nih bila orang kecoh pasal citer 'Adam & Hawa' xde la tergerak hati nak tengok... bukan tak tengok... tengok jugaklah.. tapi bila tengok tuh tak der la macam ter'addicted' nak follow citer tuh... tapi bila da tertengok citer 'Sehangat Asmara' nih rasa macam addicted plak nak follow...

tak sabar nak balik umah sambung layan citer nih... bila tengok gambar² si Zainal ngan si Kay nih pun da boleh wat I sinyum solang²!

sweet like cotton candy!!!











Monday, 18 February 2013

.:: Pure Marine Collagen ::.

Bila ramai org dok citer pasai Pure Marine Collagen, jauh kat sudut ati I nih teringin jugak nak try.. Bukan apa kan.. org cakap elok utk kulit, dapat memberikan tenaga dan menguatkan sistem tubuh bla bla bla lagi la khasiat PMC nih..

Masa gi Sabah baru2 nih... I dengan excited nya menjejak PMC.. hehehe... Dengan harapan dan semangat yg berkobar2 nak try...

Bukak plastik PMC tuh... Makk aiii bau dia... boleh sakit hidung... tapi tahan kan jer la... utk kebaikan xper... semuanya sanggup nak telan.. huhuhu

Ini la dia hasilnya.. PMC gred AAA. Dari yang mentah sampai da siap di masak dan sedia utk di makan!

Jom nak share sikit pasai khasiat PMC nih.. Ini pun I baca dari pamplet yang kakak yang jual PMC tuh bagi:

Ø        Memberikan tenaga dan menguatkan sistem tubuh
Ø        Menguatkan tulang dan sendi
Ø        Meningkatkan sel rawan dan otot
Ø        Merawat penyakit gaut
Ø        Mencegah kanser
Ø        Menurunkan tekanan darah tinggi
Ø        Merawat gastrik
Ø        Anti bakteria/ kulat
Ø        Merawat anemia
Ø        Menurunkan kolestrol dalam badan
Ø        Melicinkan dan menegangkan kulit serta payudara (anti penuaan)
Ø        Memelihara sel2 kulit mati (jerawat)
Ø        Mempercepatkan penyembuhan luka
Ø        Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Ø        Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
Ø        Memberi kekenyangan (diet)
Ø        Meningkatkan kadar metabolisma
Ø        Memelihara usus kecil (sembelit)

Tengok banyakkan khasiat PMC nih... cara makan nih senang jer... boleh campur jer ngan mana2 just.. sapa yang sanggup nak makan saja pun boleh jugak... tp I memang tak sanggup la sbb baunya hanyir yang teramat sangat...

Untuk anda yang blom lagi mencuba... jom la kita cuba sama2... nanti leh kita cantik sama2... hahaha...

cantikkah???

Selamat mencuba u ollss... ^___^

Friday, 15 February 2013

.:: Rindu ::.

Hati nih tiba² di serang rindu..
Rindu yang teramat sangat..
Rindu pada suatu masa yang indah..

Rindu pada senyuman.. gelak tawa dan lirikan matanya...
Ahhh... even baru jumpa dia semalam kenapa rasa rindu tuh mesti hadir?

Perasaan manusia nih unik kan??

ummm... 

Dah la... tak kuasa nak layan hati yang rindu nih...

Wednesday, 2 January 2013

.:: 01.01.13 ::.

Tahun 2013
Permulaan yang baik dan menenangkan..
Semoga teruslah baik dan menenangkan sehingga ke penghujung 2013

Walaupun segala harapan 2012 masih belum tertunai..
Harapan 2013 masih sama...
Menanti... menunggu.. menanti dan berdoa...
Semoga hati kita terbuka untuk satu sama lain...

Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Maka, berdoalah...
Memintalah padaNYA supaya kita di beri petunjuk dan hidayah...

SELAMAT TAHUN BARU untuk kita semua...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)