Wahai wanita, beruntungnya kamu kerana bergelar seorang isteri!
- "Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun."
- "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."
- "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin."
- "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad."
- "Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)."
- "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
- "Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga." (hadith Riwayat Tarmizi)
- "Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka."
Dan ingatlah wahai wanita, itu semua terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT".
#Ya Allah, KAU jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang telah kau tetapkan untuk menjadi suamiku.. seorang lelaki yang nanti akan membawa aku dan anak-anakku ke jalan MU yang Engkau redhai... Aamiin...#
No comments:
Post a Comment