Tuesday, 23 April 2013

.:: A.K.U ::.

Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.
Tidak bergaya.
Tidak mesra dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padaku.
Hidup bukan untuk membuat orang
suka kerana redha Allah bukan
pada redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanya gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna.

Monday, 22 April 2013

.:: Dear Future Husband ::.


I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife ever, insha'Allah.

 I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure, to be the best wife I can be, insha'Allah.

 I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother, insha'Allah.

 As long as you promise me one thing, "HELP ME GET TO JANNAH"

.:: A.Y.A.H ::.

Apa yang kita tak tahu tentang seorang lelaki yang bergelar AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!" Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa yang sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, ayah memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... lalu ayah pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya..."

Ayah.. I Love You!

Friday, 19 April 2013

.:: ISTERI ::.

Wahai wanita, beruntungnya kamu kerana bergelar seorang isteri!

  1. "Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun."
  2. "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."
  3. "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin."
  4. "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad."
  5. "Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)."
  6. "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
  7. "Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga." (hadith Riwayat Tarmizi)
  8. "Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka."
Dan ingatlah wahai wanita, itu semua terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT".

#Ya Allah, KAU jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang telah kau tetapkan untuk menjadi suamiku.. seorang lelaki yang nanti akan membawa aku dan anak-anakku ke jalan MU yang Engkau redhai... Aamiin...#


Wednesday, 10 April 2013

.:: Ibu ::.

untuk IBU yang melahirkan ku,

maaf kerana belum mampu mengukir kebahagiaan di wajah ibu...
maaf juga dengan semua air mata yang tumpah kerana diriku...
terima kasih juga kerana doa ibu setiap saat padaku...
semoga ibu sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang baik selalu...

#kasih sayangku padamu ibu selagi ada hayatku...


I Love You, Mak!

Friday, 5 April 2013

.:: ALLAH, Maha Mengetahui! ::.

Terkadang,
Allah memberikan kita air mata untuk menyejukkan gersangan hati kita.

Allah memberikan kita kesedihan, agar kita tau nikmatnya sebuah keihklasan.

Bukan Allah merebut kebahagiaan itu, bukan pula Allah mengambil senyuman kita.

Namun Allah sedang mempersiapkan pengganti air mata itu dengan yang lebih baik lagi.

jangan bersedih jika kehilangan sesuatu barang, orang yang dicintai atau apapun... Kerana, dibalik hujan badai akan ada mentari dan pelangi yang menghiasi hari..


Selamat Hari Jumaat! Ya Allah.. Kau jadikanlah dia selalu dan kan tetap jadi milikku.
Aamiin aamiin Ya Rabbal Aalaamiin.


Tuesday, 2 April 2013

.:: Doa ::.

"Ya ALLAH,
Saat Engkau mengurniakanku HARTA, janganlah Engkau cabut KEBAHAGIAANKU
Ketika Engkau berikan aku KEKUATAN, janganlah Engkau hilangkan KEBIJAKSAANKU
Apabila Engkau mengurniakan aku KUASA, janganlah Engkau cabut TAWADHU'KU
Ketika Engkau berikan aku KERENDAHAN HATI, janganlah Engkau hilangkan KEMULIAANKU
Saat Engkau berikan aku KEHEBATAN, janganlah Engkau tarik SIFAT KASIH dan PEMAAFKU."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)