Kita berkenalan secara tak sengaja, adalah
perancangan Allah.
Kita berkawan begitu lama bertahan pun Allah
yang rancang.
Kita di kurniakan rasa suka antara satu sama
lain juga, Allah yang beri.
Kita masih bersama walau banyak dugaan
menimpa, Allah yang aturkan.
Kita di kurniakan kesedaran dan keinsafan
juga, kerana Allah sayang pada kita.
Kita berjauhan untuk mencapai redhaNYA
juga, DIA yang merancang.
Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga,
Allah yang detikkan dalam hati kita.
Dan ketahuilah, samada hubungan kita
akan berkekalan hingga ke syurga atau
terputus di tengah jalan juga Allah
yang akan tentukan.
Jadi, usah risau...
Andai kamulah jodoh yang ditetapkan
Allah di Luth Mahfuz untukku
In Shaa Allah kita akan bersatu walau
di pisahkan dengan jarak dan masa..
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin...
No comments:
Post a Comment