Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zari Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri, Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hatinya yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah di tinggalkan.
Apakah rahsia yang dipendam itu....?
Harga: RM 25 (Sem. Malaysia)/ RM 28 (Sabah & Sarawak)
My personnal comment about this novel:
Bagi aku jalan cerita novel nih menarik sangat. Tak rugi rasanya beli novel ini... macam iklan Celcom... Berbaloi-baloi... Suka watak Zaril dalam novel nih, nampak macam tak peduli dan seorang yang suka memaksa, tapi dalam waktu yang sama Zaril seorang yang sangat caring pada Nia. Sweet sangat...! Nia plak, macam dah benci Zaril, tapi rupanya dalam hati masih ada sayang buat zaril... Kalau korang nak tau kisah selanjutnya.... dapatkan novel nih...!
No comments:
Post a Comment