Sunday, 8 May 2011

Happy Mother's Day..!

Happy Mother's Day
Happy mother's day to my dearest mother... Raboyah Binti Abd Razak. Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan kami adik beradik.. Jasa dan pengorbanan mak tak dapat kami nilaikan dengan wang ringgat dan semua itu tak mampu untuk kami bayar dengan wang ringgit.

Mak.. betapa bertuahnya kami memiliki ibu seperti mak. Walaupun masa kami kecik dulu mak garang, tapi kami tau mak buat semua tu untuk mendidik dan mengajar kami. Terima kasih yang tak terhingga, dari kami anak2 mu.. ketahuilah yang kami teramat2 menyayangi mak dan ayah.. Tanpa mak dan ayah kami takkan wujud di dunia ini.

Ya Allah lindungilah insan yang amat kami sayangi.. lindungi lah mereka dari segala-galanya.. kurniakanlah mereke kesihatan yang baik supaya kami anak2 nya dapat menabur bakti kepada mereka. Murahkanlah rezeki kami supaya kami dapat membayar segala jasa dan pengorbanan membesarkan kami walaupun kami tahu kami tidak mampu untuk membayarnya dengan wang ringgit. Ya Allah, panjangkanlah usia mereka supaya kami bisa memberikan kasi sayang mereka kepada kami.

Mak dan ayah... anak2 mu terlalu mengasihi dan menyanyangi kalian berdua.. walaupun kami jarang mengatakan yang kami menyanyangi mak dan ayah, tapi dalam hati kami mak dan ayah lah insan yang teramat kami sayangi kasihi dan sajungi.

We love you both mak & ayah.. and happy mother's day mak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)