Sinopsis dari novel 7 Hari Mencintaiku:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khhuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah maikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan , tapi aku tak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah yang harus aku menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar...."
Amanah? Amanah siapa yang digenggam Khuzairiitu, sehingga dia sanggup mengheret drinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagai putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Harga: RM 32.90 (Sem. Malaysia)/ RM 35.90 (Sabah & Sarawak)
mY personal comment about this novel:
Bagi aku novel nih menarik. Dapat aku bayangkan watak Khuzairi dalam novel nih sebagai seorang lelaki yang sangat penyabar, caring dan penyanyang. Walaupun Mia sangat angkuh dengan kekayaan papa dia, tapi Khuzairi tetap sabar layan Mia. Tapi aku geram sangat kat Mia sbb keangkuhan dia, kesombongan dan ego dia membuatkan dia hampir2 kehilangan Khuzairi. Tapi, nasiblah masih belum terlambat di saat Mia tersedar bahawa Khuzairi adalah yang terbaik untuknya... I looiiike this novel... Good job untuk Siti Rosmizak... :)
No comments:
Post a Comment