Wahai calon imamku...
Kau yang saat ini masih menjadi rahsia Sang Ilahi,
urutan abjadmu saja masih dalam genggamanNYA.
Wahai Imamku, di sini aku selalu menantimu, aku akan berusaha
menjaga cinta ini untukmu, tapi wahai Imamku,
aku berharap kau tak lama datang padaku,
kerana aku khuatir cintaku yang ku jaga akan
rosak hanya kerana lelaki yang tak seharusnya
menyentuh cinta suciku ini
yang ku jaga untuk lelaki yang pantas untukku dan menjadi cinta
yang halal bersamamu nanti.
Kau yang kelak menjadi penuntun ke dalam syurgaNYA,
kau yang kelak mejadi pelindung dalam keluarga yang kelak kita
bina dan kau yang kelak menjadi ayah dari
anak kita yang kelak menjadi anak yang
soleh dan solehah. Anak yang in shaa Allah
akan kita rawat, jaga dan sayangi bersama
untuk menjadi anak yang taat kepada Allah dan RasulNYA.
Wahai calon penuntun syurgaku,
Jadikanlah aku isteri yang solehah dan isteri yang
sempurna dalam hidupmu, dan semoga kau
pilihan terbak yang telah Allah berikan kepadaku.
Sabar menantimu mengajarku banyak hal.
Aku belajar mencintai Sang Pencipta. Aku
belajar istiqmah pada Sang Pemilik mu.
Aku belajar setia kepada Allah, Sang Pemilik Cinta.
Aku belajar mencintai Allah, kerana aku ingin
bila kau datang padaku, aku bisa mencintaimu
keranaNYA dan mencintaimu dengan ikhlas,
Aku belajar istiqamah mencintaimu dan
istiqamah hidup bersama orang yang telah Allah
tetapkan. Aku belajar setia kepadaNYA, kerana
aku ingin setia menunggu hadir dirimu
keranaNYA dan setia menjadi pelengkap
dalam hidupmu.
Walaupun kini belum terlintas sketsa wajahmu,
sikapmu, keimananmu dan ketaatanmu dalam
benakku, tapi yang aku yakini kaulah
memang yang terbaik yang telah Allah tetapkan
untuk menjagaku. Sekarang biarkanlah Allah yang
menjaga aku dan agar kau kelak menjadi
orang yang terbaik dan pantas untuk bersama.
Hingga suatu hari nanti kita akan disatukan
oleh Allah dalam ikatan yang halal, berkah
dan selalu dalam lindungan serta penguasaanNYA...
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin...