Monday 12 December 2011

10 Jenis Lelaki Yang Perlu Dijauhi


Sukar mencari teman yang serasi? Tips untuk mencari teman yang serasi:


1) Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalinkan hubungan lebih 5 tahun dengannya. Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2) Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu. Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3) Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra. Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang. Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan buang masa.

4) Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesisnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya. Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakan anda di hatinya?

5) Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah. Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah, pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinnya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6) Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda berterus-terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing. Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7) Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8) Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda. Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri. Ada masalah remeh pun hendak diberitahu, menghntar sms atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu. Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda dibawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10) Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padannya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya. Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)