Tuesday, 29 November 2011

Bekas isteri VVIP mengandung????


Huiii.. panas bila I dengar gosip artis masa balik dari kerja tadi.. hehehe... gosip pasai sorang artis nih... da jadi bekas isteri VVIP la sekarang dan di kaborkan tengah pregnant.. yer la cam pelik jer kan.. da bercerai tapi pregnant.. tq la Hot FM.. sbb rasa2nya I tau sapa artis yang pregnant a.k.a bekas isteri VVIP tuh...

hmmm... I bukan la nak jadik keypochi kan... tapi alang2 benda nih da kuar lam radio... I pown apa lagi... Sebelum nih I penah terjumpa la ngan artis nih kat Kampung baru. masa tuh I ngan cik abe I gi makan bubur berlauk (kedai mana tak perlu bitaw ler.. ekeekeke)... masa tuh bulan puasa kalau tak silap I... tengok dari jauh macam kenai... tapi bila da dekat baru I pasan la si artis nih...memang pasan sangat la kalau da masa kat kedai bubur tuh dia dok kat sebelah meja I jer... kompem la pasan kan... kalau tak pasan kan si artis nih memang macam mata ikan kering ler... hikhikhikhik.... tapi masa tu pelik I tengok dia... pakai baju besar... suar besar n siap bawak beg besar.. mungkin dia nak kaber perut dia tuh gaknya... tapi tu la kan... even dia pakai baju besar.. suar besar n bawak beg besar tetap tak leh nak sorok perut dia.. sbb I memang pasan perut dia yang memang da besar da masa tuh...

Pelik memang la pelik kan.. I tanya la kat cik abe I nih bukan ke si artis tuh da bercerai ker??? tapi nampak dari segi bentuk fizikal tubuh dia nampak cam dia tengah pregnant.. bukan macam lagi tapi memang tengah pregnant pown... I tertanya2 tentang tuh sampai la hai nih bila terdengar gosip kat dalam Hot FM tadi..

Di kaborkan artis tuh sekarang nih ada kat obersea.. giving birth kat sana... n yang paling terkejut I dengar bila si skandal artis nih tak mo bertanggungjawab.. tuh yang si artis nih bawak diri ke obersea... yer la... malu la kalau giving birth kat sini kan... dia da la artis... sah2 la ramai orang kenai dia...

Ala... I rasa ramai orang da bleh agak da sapa artis nih... dulu dikaborkan dia bercerai ngan VVIP tuh sebab dia ada skandal ngan abang artis... dan macam2 la citer masa dia bercerai dulu... tapi tak pe la... nak wat cam ner kan.. benda da nak jadik... nak tak nak si artis nih nak kena hadap jugak benda nih... semoga si artis nih tabah dan cekal la menghadapi dugaan nih yea...

Salam Ma'al Hijrah


Salam olls... Selamat menyambut Maal Hijrah. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat maal Hijrah kepada seluruh umat Islam. Jom... I nak share about Muharam... and amalan² sunat yang boleh kita lakukan di bulan Muharam.. Tapi buatlah kerana Allah dan dengan hati yang ikhlas bukannya mengharapkan ganjaran semata².

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:



Doa awal tahun:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."



Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X 
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X. 
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Monday, 28 November 2011

Rindu Milikku - Rohani Abd Aziz


Aku terpinga-pinga. Keberatan utnuk menyambut cincin yang dihulur oleh Hairul itu. Mataku masih memandang Hairul. Lagi sekali aku meminta simpati daripadanya agar menyelamatkan aku daripada situasi yang menghimpit diri. Mahu rasanya aku berlari keluar dan balik ke rumahku.

Aku mahu menjerit rasanya.

Aku tersentak bila Hairul menyarungkan cincin itu di jari manisku. Sia-sia aku meminta simpati daripadanya. Bukannya dia tak faham malah dia yang menangkapku. Ya Allah, sakitnya hatiku ini dengan permintaan mereka.

Comment:

This is the latest novel yang ada dalam koleksi I... hmmm baru beli semalam... tapi tak taw lagi novel nih cam ner.. besh ke tak besh ker... I pown tak taw sbb baca dia punya sinopsis terlalu pendek and tak dapat nak gambarkan jalan citer novel nih cam ner.... tapi kat cover novel neh ada cop "TERLARIS" thats why la I beli... harap2 cnovel neh besh... sbb kalau besh baru la rasa berbaloi-baloi.... tapi kalau tak besh.... paham2 sendiri sudah. hehehehe...

okey la... nak layan dulu novel neh.... kepada sapa2 yang da baca.. komen2 la ekk... bubbye.. (*_*)

Sunday, 27 November 2011

Malaysia dibelasah Lagi!!


Lama rasanya I tak update my blog.... bukan apa... tak ada bahan + tak ada mood sebenarnya... huhuhu... + ngan bz lagi... + ngan add hock task yang my B**s bagi... hmmm semuanya membuatkan mood I ilang...lari... berterbangan ntah ke mana.. hukhukhuk... nasib makan gaji... cam nih la...nak biz tak pandai... nak cer try menulis pown tak leti.... hehehe... baca novel jer pandai ler.... ahh.. just forget it... sbb itu bukan cerita utama malam nih... citer utama malam nih.. I kuciwa lagi bila Malaysia tewas kat tangan Bahrain... hmmm sebelum nih kecewa Malaysia tumpas ngan Syria 2 - 0... malam nih sekali lagi Malaysia tewas di tangan Bahrain 3 - 2..

Sebenarnya malam nih 2 kali frust... 1: sebabI tak dapat nak habis kan tengok bola tadi... and 2: bila sampai umah risik2 ngan housemate, dia cakap Malaysia kalah 3 - 2 ngan Bahrain... giler cepat Bahrain dapat score sbb masa I nak balik tadi, Malaysia mendahului dengan 1 - 0... hmmm.. tak der rezeki Malaysia nak ke Olympic gak nyer.. Tapi tak per la...even Malaysia kalah ker.... menang ker... I akan slalu support team Malaysia... coz Y? Aku adalah rakyat Malaysia.... dan I'm proud to be Malaysian!!!!!

Wednesday, 23 November 2011

Doktor Cinta - Dyadila


Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tegku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok kepada Tengku Iskandar atau boss besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...

Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana: Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lai putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut nak bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

Harga: RM 26 (Sem. Malaysia) / RM 29 (Sabah & Sarawak)

Cara Untuk Menghaluskan Kulit Wajah

Kat sini I nak share macam mana caranya untuk kita haluskan kulit wajah.. hehehe... penting nih untuk pempuan.. nak² lagi untuk pempuan yang da kawin... yang blom kawen pown penting gak untuk tambat hati lelaki kan.. cewahhh.. hehehe...

Biasa la tuh... setiap pempuan kan kalau boleh nak kelihatan cantik... tak kesah la untuk suami ker.. untuk diri sendiri ker... tak pown untuk orang lain ke.. apa yang penting???? hehehe apalagi... untuk kelihatan cantik di mata sendiri dan mata orang lain la...

Untuk menghaluskan kulit muka, kita boleh gunakan susu pekat... Susu pekat nih bukan saja untuk buat air.. tapi untuk haluskan kulit wajah pown boleh gak... kat sini korang boleh la guna apa² brand pown.. tak kesah... susu pekat manis F & N ker... cap teko ker.. cap marigold ker... cap ayam ke.. hapa ke tak kesah... janji susu pekat manis...


Okeh, susu pekat manis tuh korang ambik dalam 1 sudu jer untuk setiap penggunaan.. so, korang campurkan sikit dengan air suam... n kacau rata.. make sure jangan cair sangat ekkk...

Then, amik kapas muka...celupkan dalam bancuhan susu pekat dan air suam.. then sapukan keseluruhan muka korang. Then korang biarkan selama beberapa minit sehingga kering... Make sure masa pakai nih korang jangan tido plak... bukan per... takut kalo korang tertido kang naik plak semut kat muka korang... elok² letak susu sebab nak haluskan kulit wajah... dapat plak penyakit lain kan.... hakhakhak....

Pas kering, korang bilas wajah korang ngan air bersih... Petua nih korang leh amalkan 2 3 kali seminggu... kalau malas tak leh nak cakap hape la kan... hehehe... amalkan sehingga korang dapat rasa puas hati dengan hasilnya....


Kalau korang rasa nak kulit cantik.. halus dan mulus cam ni... cuba la petua nie... hehehehe

Selamat mencuba yer....! (*_*)


Tuesday, 22 November 2011

Penjagaan Rambut


Hmmm ada sapa² yang tau macam mana nak buat rambut panjang kita neh berkilau dan lebat? Bukan apa... sebagai pompuan, I impikan rambut yang panjang dan cantik... bukan sekadar cantik.. lebat berkilau... sihat dan semuanya yang elok² la... Cer tengok rambut pempuan kat bawah nih.. cantikkan... hehehe


Stakat neh... rambut panjang memang I da berjaya penuhkan impian I.. tapi cumanya bila berambut panjang neh, masalah keguguran rambut plak yang melanda... kalau gugur tuh... tak payah cakap la... nak² masa basuh rambut.... mang ai cam sakit plak... sekali lurutkan jari jemari kat rambut... bukan setakat sehai dua rambut yang gugur.. tapi berhelai²... hadoi... wisau I... takut bila gugur boleh botak kepala I neh...

Da macam² cara I try nak kurangkan keguguran rambut... I penah try shampoo bawang... tapi baunya... alahai... tak tahan kat hidung.... musyukkk... hukhukhuk... tapi tak jadi gak... rambut still gugur and tambah masalah... berkelemumur! hmmm... da tak taw nak wat cam ner....

Latest neh, I try guna shampoo Dove.. yang hairfall rescue... bila pakai kurang la sikit gugurnya... tapi kena pakai slalu la... kalau tak pakai... banyak jugak rambut yang gugur.. I pown pening la, apa yang menyebabkan rambut gugur... ofkos la sbb akar rambut tak kuat sbb tu la rambut gugur.. tapi ada cara ke nak kuatkan akar rambut neh?

Untuk masalah I neh, ada jugak surf mencari maklumat... ini la maklumat yang I dapat.. sharing is caring kan.. hehehe... jommm baca:

Petua Penjagaan Rambut Panjang

1.  Gunakan Jari Anda
Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik  ini mulai sekarang dengan menggunakan jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu
a. Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Bagi anda yang berambut panjang, anda dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.

b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan akan mengakibatkan rambut mudah gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut
Menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut anda perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut
Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa anda mengeringkan rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik
Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling
Lindungilah  rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Untuk Menggelakkan Rambut Gugur

Rambut anda boleh gugur kerana beberapa sebab. Wanita yang baru lepas bersalin biasanya menghadapi masalah ini. Bagi muslimah yang memakai tudung pula, ia juga satu penyebab rambut mudah gugur walaupun itu bukan satu alasan untuk anda tidak memakai tudung. Amalkan pilihan petua berikut  untuk mendapatkan rambut yang lebat, cantik dan wangi.

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 1 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Cara Menguatkan Akar Rambut

Ambil kira² seikat daun dan batang bayam segar dan cuci sehingga bersih. Tumbuk sampai lumat kemudian tambahkan garam halus sikit jer (hujung sudu teh) dan gaul sampai rata. Kemudian perah daun dan batang yang da di tumbuk untuk dapatkan airnya. Minum air perahan daun dan batang bayam. Amalkan 2 - 3 kali seminggu.

Pas neh I pown leh la cuba jugak petua² kat atas nih... kepada semua... Selamat mencuba....!

Harimau Muda baham Garuda


Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Hadoi.... sapa yang tengok bola antara Malaysia ngan Indonesia semalam mesti panaskan?? hehehe... I sendiri yang tengok semput bila Malaysia ngan Indonesi seri 1 sama... Dalam hati berdoa bagai nak rak at least Malaysia kena masuk 1 lagi gol untuk menang...

Tapi game malam tadi memang besh... really really proud with our Team... tak mudah menyerah kalah even main di tempat lawan dan di kelilingi oleh 100 000 penyokong fanatik Indonesia... kalau nak compare ngan penyokong Malaysia, alahai... berapa kerat jer yang ada kat stadium Gelora Bung Karno tuh.. tapi semangat team Malaysia memang kuat... hahaha... berbaloi baloi...!

Tapi rasa geram jugak ngan sorang player Malaysia tuh sapa lagi kalau bukan Fakri... masa sepakan penalti... alahai punyala lemah gemalai dia rembat bola tuh sampai rasanya penjaga gol Indonesia pown tak rasa adventure pown nak tepis bola tuh...

Masa tengok bola tuh.. ada jugak yang terdengar kat telinga I nih orang jerit² marahkan si Fakri tuh... main macam hapa... dah dok depan gol pown bila da dapat bola... bola tak menuju ke dalam gol, malahan bola menuju ke luar gol... hmmm... tapi nak wat cam ner kan... mungkin dia da penat sangat kot masa tuh... entahlah.. hanya dia jer yang taw nape dia tak perform dalam game malam tadi...

Tapi player Indonesia malam tadi main memang ganas giler... tapi yang hairannya, refree tak layangkan kad pown kat dorang... hmmm.. tapi kalau palyer Malaysia, asyik dapat kad jer... adil ker???? or refree berat sebelah.. entah lah.. itu pendapat I saja la kan... tak taw la kalau orang lain berlainan pendapat ngan I....

Serius... masa sepakan penalti... oiii dada I rasa sempit gila... nak bernapas pown tak leh. Semputtttt hehehehe.. punya la nebes... mampu ke Apek nih jaga gol Malaysia... Stadium Gelora Bung Karno sekali lagi gamat bila sepakan penalti yang pertama dari Indonesia membolosi gol Malaysia... alahai.... bertambah semputtt I... Turn Malaysia sumbat gol Indonesia.... Alhamdulillah.... berjaya jugak samakan kedudukan bila sepakan penalti pertama dari Malaysia juga berjaya membolosi gol Indonesia...  sampai la sepakan penalti yang ke 5, senyap sunyi stadium Gelora Bung Karno bila player indonesia gagal membolosi gol Malaysia bila si Tangan Emas Malaysia a.k.a Apek berjaya menepis bola dari membolosi gol Malaysia... senyap sunyi stadium bila, kapten Team Malaysia mara ke depan untuk sempurnakan sepakan penalti yang ke 5 untuk Malaysia... dup dap dup dap... cik abe I yang dok sebelah pown rasanya boleh dengar... hahaha.... sepakan terakhir.. membuah kan hasil bila berjaya membolosi gol Indonesia walaupown keeper Indonesia brjaya tepis tapi di sebabkan tuah Malaysia bola meleret n masuk ke dalam gol.... saat itu satu jer yang I dengar.... GGGGOOOOOOOLLLLLLLLLLLLL!!!!

MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

Kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan 4-3... Malaysia membuktikan.... mereka boleh.... yeay.... Malaysia Boleh...!!!! Tahniah Malaysia....! Semangat yang team Malaysia tunjukkan sangat membanggakan... Seluruh rakyat Malaysia bersorak meraikan kemenangan Malaysia...! again.... I'm proud to be Malaysian!!!!

Lepas nih Malaysia bakal bertemu ngan Syria... sama² la kita memberi sokongan kepada team Malaysia....!

Antara Benci & Rindu - Ida Farisya


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iatu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai leh wanita lain.

Dalam usaha mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapa matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Harga: RM 19 (Sem. Malaysia)/ RM 22 (Sabah & Sarawak)

Monday, 21 November 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... hmm?"

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah merasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asa Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengertikan dengan munculnya Taufeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis dentiti Indriani Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi?

Harga: RM 21 (Sem. Malaysia)/ RM 24 (Sabah & Sarawak)

Sunday, 20 November 2011

Dibius Cinta - Qash Irdina


"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau angil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin saja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi.

Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Harga: RM 19.90 (Sem. Malaysia)/ RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

Saturday, 19 November 2011

Penjara Rindu - Nia Arissa


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langittidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Masih adakah peluang kedua mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Harga: RM 21 (Sem. Malaysia)/ RM 24 (Sabah & Sarawak)

Friday, 18 November 2011

Remy Ishak & Farah Dhiya sah bergelar suami isteri?????

Remy Ishak & Faradhiya Bernikah? 

Haaaa????? biar betul nih??? Remy ngan Farah Dhiya da kawin????? Hadoi... biaq betoi neh.... bukan dia bercinta ngan Tizz ker???? Copot jantung ku ini... Cer layan gambar² majlis Remy Ishak ngan Farah Dhiya neh...Layyyaaaaaaannnnnn....

Remy Ishak & Faradhiya Bernikah? Remy Ishak & Faradhiya Bernikah? Remy Ishak & Faradhiya Bernikah? 

Betoi ker sumer neh???? 

Kompem sapa yang terbaca entry I kali neh mesti terkejut beruk kan macam I masa baca benda neh kat ohBulan!... Rasa cam nak nanges n dalam hati rasa cam kesian kat Tizz... hehehehe... tapi ghuper²nyer..... ini sekadar gimik untuk sebuah telefilem terbitan Outloud Studios berjudul ‘Payung Emas’ yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 19 November (Sabtu) jam 10 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan, skrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Payung Emas merupakan sebuah telefilem genre drama berat keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri.

Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.

Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.

Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat. Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Huh... cam tragiknya citer neh... cam dalam citer novel pown ada gaks... sama² la kita tengok citer neh 19 Nov nanti...

Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah



Tengu Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangnya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. tengku Aqilah sedar mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian teradap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukan Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

Harga: RM 26.90 (Sem. Malaysia) / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)

Harimau Muda tunjuk kejaguhan


JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.



Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.

dipetik dari **Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Tabung nak gi Holiday::.

Leave ur name and ur blog link here, i'll visit u back.. tq =)